DIY & Kraf

Cara Edit Gambar Dari Negatif Filem Guna Handphone Je, Mudah!

11.5K
SHARES

Pernah tak bila tengah kemas-kemas rumah terjumpa negatif filem gambar dari kamera lama?

Pasti tersimpan banyak memori berharga dari negatif yang masih elok.

Kalau nak hantar cuci di kedai gambar pun boleh. Tapi kalau nak jimat, anda boleh warnakan gambar melalui app di handphone.

Caranya juga cukup ringkas dan paling penting – PERCUMA!

Kredit Foto : Facebook Anak Kuliah 

Jom kita belajar cara tukarkan negatif gambar kepada gambar berwarna !

Download App PicsArt & Remini

Untuk warnakan gambar dari negatif kamera, anda perlu download dua aplikasi di Playstore iaitu PicsArt dan Remini.

Cara-Cara Tukarkan Negatif Gambar Kepada Gambar Berwarna

1. Caranya ialah ambil gambar negatif yang anda ingin warnakan dan buka PicsArt. Pilih Effects > Colors > Negative.

2. Anda juga boleh crop ikut kesesuaian dengan pada Tools sebelum anda save gambar.

3. Pada tahap ini, gambar anda sudahpun berwarna, tetapi masih tidak sharp dan warnanya agak hijau kekuningan. Sebab itulah kita perlukan app kedua ini untuk cantikkan lagi gambar.

4. Buka pula App Remini untuk meneruskan edit gambar tadi.

5. Pilih Enhance.

6. Pilih gambar tadi dan tekan ikon tick berwarna merah. Anda boleh lihat perbezaan sebelum dan selepas enhance.

Memang jauh lebih sharp macam gambar baru!


7. Untuk cantikkan pula warna gambar, pergi semula ke Home di App Remini.

8. Tekan ikon More dan pilih Colorize.


9. Tekan ikon tick berwarna merah untuk colourkan gambar tadi.

10. Haa, barulah dapat hasil gambar yang warnanya cukup cantik dan sharp! Macam baru tangkap semalam! Walaupun tak adalah cantik macam kamera phone sekarang, tapi cukup memuaskan untuk gambar yang sudah berusia berbelas atau puluhan tahun lepas!

Kenangan zaman dulu-dulu memang cukup indah. Walaupun negatif filem dari kamera lama sudah berusia puluhan tahun, jangan sangka ia tidak boleh digunakan.

Cubalah warnakan gambar dari negatif filem menggunakan cara ini. Memang cukup mudah tak perlu anda susah-susah ke kedai gambar untuk cuci gambar-gambar lama.

Dengan cara ini bolehlah anda simpan semua kenangan manis waktu dulu-dulu bersama rakan dan keluarga. Selamat mencuba!

*Sumber: Ruang Mahasiswa

Baca juga: Resepi Nasi Goreng Cina Simple Tapi Sedap. Anak-anak Mesti Suka!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×