Teknologi

Cara Save & Download Video Facebook. Tanpa Apps Pun Boleh!

3.6K
SHARES
cara download video facebook

Cara Nak Save & Download Video Facebook

Walaupun sekarang terdapat banyak laman sosial media yang lebih terkini seperti Instagram dan Tiktok, Facebook masih mendapat tempat bagi ramai pengguna.

Kebanyakan orang lebih gemar menggunakan Facebook kerana ia menawarkan pelbagai video menarik dan lebih panjang durasinya.

Facebook tetap unggul dengan pelbagai content video menarik dan berguna seperti video senaman, tutorial DIY dan sebagainya.

Namun, salah satu kekurangan Facebook ialah ia tidak menawarkan pilihan download video kepada pengguna.

Seperti Instagram, anda hanya boleh save video di Facebook bagi memudahkan anda tontonnya kemudian di bahagian Saved. Cara ini masih memerlukan anda untuk tonton video secara online.

Artikel ini akan dedahkan kepada anda cara mudah untuk anda download video di Facebook melalui laptop atau phone.

Caranya cukup mudah dengan beberapa langkah ringkas.

#1 Gunakan FastVid

Aplikasi ini sangat praktikal bagi anda download video Facebook melalui handphone.

Terdapat beberapa cara untuk download video dari Facebook melalui FastVid iaitu menerusi Facebook anda atau pastekan link URL. Untuk memudahkan anda cari semula video, save dahulu.

1. Download aplikasi FastVid di Google Playstore.

cara download video dari facebook

2. Buka app FasVid dan login Facebook anda. Pilih video yang anda ingin download.

cara download video dari facebook

3. Popup akan keluar untuk anda download atau tonton video. Tekan salah satu pilihan Download HD atau Download SD. Sesetengah video berdefinisi tinggi menawarkan download secara HD.

cara download video dari facebook

4. Anda boleh cari semula video dalam phone anda. Senarai video yang sudah didownload menerusi FastVids juga boleh dicari dalam column Downloads.

#2 Edit link Facebook Video Dengan Tukar ‘www’ Kepada ‘mbasic’

1. Gunakan browser atau app untuk buka Facebook. Klik pada video yang anda ingin download dan dapatkan linknya dengan menekan klik pada tiga titik di bahagian kanan atau copy URL Facebook video yang muncul di atas video jika anda buka di browser.

cara download video dari facebook

2. Buka browser baru kemudian paste link. Ubah link video Facebook yang tertera di URL browser dengan menukarkan www kepada mbasic dan layari URL tersebut untuk teruskan.

Contohnya, https://www.facebook.com/watch/?v=267770804789936 ditukar kepada https://mbasic.facebook.com/watch/?v=267770804789936.

3. Anda akan dibawa ke satu laman web yang dinamakan Facebook Watch dengan pelbagai pilihan video lain. Tekan video yang anda ingin download.

cara download video facebook
4. Sekali lagi, anda akan dibawa ke satu lagi laman web dengan video itu sahaja. Tekan tiga titik di bahagian kanan bawah video.

cara sownload video dari facebook

5. Pilih Download untuk muat turun video tersebut.

Tunggu beberapa saat sehingga video selesai dimuat turun.

 

#3 Download Video Facebook Menggunakan Laman Web Fdown.net

Fdown.net pula tawarkan kaedah download video Facebook dengan lebih direct dan mudah.

Caranya adalah seperti berikut :

1. Copy link video Facebook yang anda ingin download dengan copy URL jika anda gunakan browser atau copy link dengan menekan tiga titik pada bahagian kanan video.

2. Pergi ke fdown.net  kemudian pastekan link video tadi.

cara download video dari facebook
3. Tekan download. Terdapat dua pilihan untuk anda download video dengan kualiti yang diinginkan.

cara downlaod video dari facebook

4. Tunggu beberapa ketika sehingga video lengkap dimuat turun.

Mudah saja sebenarnya untuk donwload video di Facebook! Kalau tak nak download app pun boleh.

Hanya ikuti beberapa langkah mudah melalui browser, anda kini sudah boleh download video yang anda sukai di Facebook.

Video yang sudah di download bolehlah ditonton ketika offline atau dikongsikan kepada rakan terdekat !

Selamat mencuba!

 

Sumber rujukan :

How to download a video from Facebook
https://sea.mashable.com/tech/17430/how-to-download-a-video-from-facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×