40 Minggu

Boleh Buat Appointment JPN Daftar Kelahiran Kalau Due Date Dah Kurang Dari 2 Bulan

524
SHARES

Di saat kita berada dalam tempoh lockdown, ada juga dalam kalangan kita yang menyambut kelahiran bayi. Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah proses mendaftar kelahiran anak dilakukan sedangkan kita tahu tidak semua agensi atau pejabat pendaftaran beroperasi seperti biasa.

Hal ini kerana, proses pendaftaran kelahiran bayi adalah tidak sama kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menggunakan sistem temu janji bagi pelanggan yang ingin berurusan. Seperti apa yang dikongsikan oleh ibu ini dimana dia membuat terlebih dahulu temu janji apabila due date bersalin sudah kurang dari 2 bulan.

DUE DATE DAH KURANG 2 BULAN, BOLEH BUAT APPOINTMENT JPN

Siapa yang tengah pregnant tu mohon alert ya. Kalau due date dah kurang dari 2bulan, dah boleh buat appoinment JPN untuk proses daftar kelahiran. Kalau negeri yang lebih padat dengan penduduk macam selangor kena buat beberapa bulan awal sebab banyak slot penuh.

Yana baru tau pasal ni tadi, teros buat appoinment. Kena check 1 persatu tarikh dan waktu yang available. So tadi yang paling cepat pon 23.08.2021 . Untuk buat appoinment boleh ke website mytemujanji.jpn.gov.my/mytemujanjipublic

Terma Dan Syarat Permohonan Online Sistem MyJanjiTemu JPN

1. Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh Kerajaan dapat dipatuhi. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, pengguna perlu membuat pilihan lain;

2. Permohonan janji temu boleh dibuat seawal satu (1) hari dari tarikh janji temu dan sehingga 5 bulan dari tarikh semasa, tertakluk kepada kekosongan;

3. Pengguna hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi / bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu kaunter bagi sesetengah Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (rujuk portal JPN bagi maklumat Operasi Pejabat ) ;

4. Pemohon perlu berada di pejabat JPN sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu temu janji. Pihak JPN berhak untuk membatalkan janji temu sekiranya lewat;

5. Pengguna hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan cuti kelepasan am bagi negeri-negeri. Pilih Tarikh mengikut jadual terkini Cuti Kelepasan Am Tahun 2021. Permohonan pada tarikh cuti kelepasan am akan terbatal dan permohonan janji temu baru perlu dibuat.

6. Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa janji temu. Sila rujuk laman web rasmi jabatan untuk maklumat berkenaan dokumen berkaitan;

7. Sekiranya pemohon mempunyai simptom seperti demam dan batuk, pemohon tidak dibenarkan hadir berurusan dan perlu membuat tempahan janji temu semula;

8. Pemohon adalah diingatkan bahawa permohonan janji temu di JPN adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) PKPB Majlis Keselamatan Negara dan arahan yang berkuatkuasa;

9. Perkhidmatan Sistem MyJanjitemu ini adalah percuma. Pihak JPN tidak pernah melantik ejen atau mana-mana individu sebagai orang tengah dalam sebarang urusan berkaitan pendaftaran termasuklah permohonan janji temu.

Sumber: Liyana Jasni

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×