Dapur

Cara Cuci Telur Itik Guna 2 Bahan, Tak Payah Sental Pakai Berus Pun Boleh Bersih

11
SHARES
TELUR ITIK

Mengetahui cara cuci telur itik adalah penting agar segala kotoran, bakteria, dan sisa lumpur dapat dihilangkan selain memastikan telur selamat untuk digunakan. 

Teknik menyental telur dengan menggunakan berus kadangkala tidak membantu kerana sisa kotoran masih lagi melekat di kulitnya.

Baca juga: Cara Cuci Lesung Batu Baru Beli Sebelum Guna, Tumbuk Dulu Satu Bahan Ini Sampai Lumat

CARA CUCI TELUR ITIK DENGAN BETUL, BARU PUAS HATI

TELUR ITIK

Berikut adalah cara betul untuk mencuci telur itik bagi memastikan ia bersih dan selamat untuk digunakan.

Bahan-bahan cuci telur itik:

  • Cuka
  • Garam

Cara-cara penyediaan:

1. Jika disental dengan berus, kotoran memang tidak akan tanggal sepenuhnya.

2. Jadi, untuk dapatkan telur itik yang putih bersih, anda perlu rendam dengan cuka dan garam.

3. Dalam beberapa saat, larutan akan menjadi berbuih sedikit demi sedikit.

4. Kotoran pada kulit telur akan terhakis sendiri tanpa perlu disental.

5. Apabila nampak kotoran dah terhakis, alirkan air pada telur dan kita akan dapati telur menjadi putih bersih.

Telur itik sedia untuk dimasak mengikut cita rasa anda. Antara menu popular adalah telur itik masak lemak dan cili sambal. Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda semua di luar sana!

Baca juga: Resepi Tauhu Sumbat Guna Ikan Pelaling, Makan Masa Panas Memang Tak Cukup Satu!

Sumber: Facebook Teratak Hijab Labuh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×