Asuh

5 Langkah Segera Kena Buat Bila Anak Terkena Chicken Pox!

73
SHARES

Bila anak kecil terkena chicken pox, mereka memang mudah merengek disebabkan tidak selesa. Kalau tak kena cara, habis satu badan cepat merebak dek kerana asyik menggaru. Makin lambatlah pula ia sembuh kalau begitu. Jadi, ini adalah 5 langkah segera dari pakar yang mak ayah boleh buat bila anak terkena jangkitan chicken pox.

5 Langkah Segera Jika Anak Anda Terkena Jangkitan Chickenpox

chicken pox

1. Kalau keadaan anak masih aktif, boleh jaga anak di rumah saja

Chicken pox ni sangat mudah berjangkit, jadi elakkan ahli keluarga yang lain dari terdedah pada pengidap chicken pox ni. Tunggu sehingga semua ruam menjadi kering dan tidak ada ruam baru yang muncul.Selalunya akan ambil masa seminggu untuk ruam tu kering menjadi keruping.

Barulah dikira anak ni tak mampu menjangkiti orang lain.Asingkan pakaian, tuala, alat untuk makan minum supaya tak bercampur dengan ahli keluarga yang lain.

2.Redakan demam anak dengan ubat demam Paracetamol

Dos : Syrup Paracetamol 15mg/kg setiap 6 jam. Jangan guna Aspirin untuk redakan demam anak.Jika Aspirin diberi pada kanak-kanak yang dijangkiti Chickenpox, ia boleh menyebabkan penyakit Reye’s syndrome yang merosakkan hati dan otak anak.

3. Sapu dengan calamine lotion setiap kali selepas mandi.

Ia akan beri kelembapan dan kelegaan pada kulit anak.

4) Bantu kurangkan kegatalan kulit dengan beri ubat cecair antihistamine untuk dimakan

Bagi bila perlu dan mesti ikut dos yang dicadangkan sahaja.

5) Potong kuku anak jadi pendek

Ketika anak menggaru kulit, kuman dari bawah kuku akan masuk ke kawasan ruam dan menyebabkan jangkitan bakteria (secondary infection) pada kulit.

Untuk bayi dan anak kecil, boleh pakaikan sarung tangan (mitten) supaya mereka tak menggaru kulit yang gatal tu. Untuk kurangkan kesan parut pada kulit, elakkan anak dari mengopek keruping.

Sumber: Dr. Redza Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×