Sihat

Ibu Bapa, Tolonglah Jangan Bawa Anak Ada Chicken Pox Keluar Berjalan

71
SHARES

“Jom kita pergi playground”

“Eh kejap, kita tak boleh bawa anak kita ke playground lah, tengok dekat badan dia naik chickenpox!”

Chicken pox atau cacar air adalah salah satu kondisi kesihatan yang merisaukan apabila berlaku kepada kanak-kanak. Jangkitan boleh berlaku jika pesakit membuat sentuhan atau melalui titisan cecair. Jadi, amat penting untuk ibubapa menghadkan pergerakan anak-anak dan paling penting sekali adalah untuk tidak bawa anak bermain bersama kanak-kanak lain.

Jangan Bawa Anak Chicken Pox Ke Tempat Bermain Kanak-Kanak

Terkedu saya bila isteri saya bagitahu ada budak yang tengah kena chicken pox tengah bermain-main di samping anak saya. Kebetulan semalam cuti 1 Mei saya bawa anak saya bercuti ke Kidzoona. Tempat tu memang penuh dengan puluhan kanak-kanak yang masih kecil. Hajatnya nak anak sihat la sikit dengan aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh kan.

Tapi tiba-tiba isteri saya yang memang hampir tiap hari hadap budak chicken pox di Klinik Kesihatan perasan ada sorang budak ni ada ruam-ruam berair memenuhi muka dan lehernya. Eh! Ni macam chicken pox! Terus kami report pada staff Kidzoona tu. Mereka terus nampak gelabah. Mereka pun tak perasan kot.

Kami dan staff Kidzoona terus la cari ayah si adik ni. Dalam 10 minit juga baru kami dapat detect si ayah ni. Tapi Ya Rabb! Punyalah susah si ayah ni nak bawa anaknya keluar. Ayahnya macam tak acuh je. Dekat setengah jam juga si ayah duduk kat situ tanpa berganjak. Saya dan isteri dah mula risau.

Kenapa saya dan isteri risau sangat?

Tahu tak yang chicken pox ataupun cacar air ni boleh berjangkit melalui titisan air bila adik tu bersin ataupun batuk. Sekali batuk je agak-agak berapa orang budak kat dalam Kidzoona tu akan kena chicken pox tu nanti?

Penyakit ni memang tak bahaya dan boleh baik dengan sendirinya tapi penyakit ni akan sangat fatal pada orang yang ada sistem imun yang lemah ataupun ibu yang mengandung!

Kalau kena dekat kanak-kanak yang lemah sistem imunnya, virus Varicella-Zoster penyebab Chicken Pox ni boleh masuk sampai ke otak ( Encephalitis ) dan komplikasinya boleh menyebabkan kematian!

p/s : Antara simptom Chicken pox adalah demam yang disertai ruam cacar pada kulit yang bermula daripada bahagian kepala dan disertai batuk selsema.

Sumber : Taufiq Razif

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×