Pra-Hamil

Cara Buat Ujian Kehamilan Dengan Tepat (Check UPT Test Positif / Negatif)

19
SHARES

“Excitednya nak check mengandung ke tak… Macam mana cara nak buat ujian kehamilan guna UPT test ni? Positif ke negatif kalau samar macam ni ye?”

Disebabkan terlalu teruja, ada juga wanita yang menganggap dirinya mengandung bila badan terasa ada perubahan atau tekak rasa loya tanpa melakukan ujian kehamilan terlebih dahulu.

Bagi wanita yang sedang ikhtiar untuk mengandung, sebaiknya lakukanlah ujian kehamilan terlebih dahulu dan jangan hanya membuat anggapan melalui perubahan yang dirasakan.

Baca juga: 11 Cara Mudah Hamil Untuk Wanita & Pasangan Berkahwin – Dr Hamid Arshat

Sekarang di pasaran terdapat banyak jenama alat ujian kehamilan yang dijual.

Cara Buat Ujian Kehamilan

Ujian kehamilan direka untuk mengukur kadar hormon hCG dalam wanita, iaitu hormon yang dirembeskan oleh sel yang akan berkembang menjadi plasenta.

Sekiranya anda hamil, tahap hormon hCG akan meningkat dengan apabila persenyawaan berlaku.

Bagi menguji kehamilan di rumah, anda boleh lakukan ujian urin dengan alat ujian kehamilan khas.

Waktu Paling Tepat Untuk Buat Ujian Kehamilan

Waktu yang paling sesuai untuk melakukan ujian ialah sebelum kitaran haid seterusnya sampai.

Jika anda dapati haid lambat daripada biasa, maka anda disarankan untuk buat ujian.

Untuk dapat keputusan yang lebih tepat, anda boleh buat ujian 2 minggu selepas tarikh yang sepatutnya datang haid.

Jika anda tak mahu tunggu, anda juga boleh lakukan ujian kehamilan seminggu selepas hubungan intim.

Biasanya, tubuh memerlukan 7 hingga 12 hari selepas persenyawaan untuk meningkatkan kadar hCG sekiranya hamil.

Ada juga orang kata lebih baik buat ujian kehamilan selepas bangun pagi kerana kepekatan urin yang tinggi.

Namun, anda tak semestinya lakukannya pada pagi hari kerana hormone hCG akan sentiasa tinggi jika anda hamil tak kira waktu.

ujian kehamilan upt positif

Kredit: Pinterest

 

Jenis-Jenis Alat Ujian Kehamilan & Cara Penggunaan

Terdapat banyak jenama bagi ujian kehamilan atau UPT (urine pregnancy test) yang ada di pasaran.

Namun, ada tiga jenis alat ujian kehamilan yang biasa digunakan.

ujian kehamilan

1. STRIP UPT

UPT jenis strip adalah antara alat ujian kehamilan yang paling murah di pasaran.

Harganya sekitar RM 4.00 hingga Rm 7.00 sebungkus. Biasanya orang beli ini dan simpan sebagai stok disebabkan harganya yang murah.

Cara penggunaan:

  1. Takung sedikit urin dalam bekas kecil. Bagi UPT jenis strip, ada jenama yang sertakan bekas atau cawan kecil sekali.
  2. Letakkan bekas takungan di atas permukaan rata. Celupkan strip UPT lebih kurang dalam 5 saat.
  3. Tunggu dalam 5 hingga 10 minit untuk keputusan.

Cara Baca Keputusan :

  • Dua jalur = Mengandung (positif)
  • Satu jalur di garis C (control line) = Tak mengandung (negatif)
  • Tak keluar jalur = Kena buat ujian lagi sekali sebab strip tak tunjukkan keputusan (invalid).

2. UPT Kaset

UPT jenis kaset ini pula rekaannya lebih tahan lasak dan lebih selesa untuk digunakan. Hanya titiskan urin pada tempat yang disediakan.

Sesetengah jenama juga sediakan bekas urin untuk memudahkan penggunaan. UPT jenis ini juga didatangkan dengan penitis. Harganya sekitar RM 8.00 hingga RM 15.00.

Cara penggunaan :

  1. Kumpulkan urin pada satu bekas kecil.
  2. Ambil sedikit urin menggunakan penitis yang sediakan dan letakkan dalam 5 titisan ke tempat yang disediakan.
  3. Setelah dititiskan, letakkan kaset UPT pada permukaan rata.
  4. Tunggu keputusan pada paparan skrin.

Cara Baca Keputusan :

  • Dua jalur = Mengandung (positif)
  • Satu jalur di garis C (control line) = Tak mengandung (negatif)
  • Satu jalur di garis T atau tiada garis muncul = Kena buat ujian lagi sekali sebab strip tak tunjukkan keputusan (invalid).

3. Midstream UPT

UPT jenis midstream ini pula ada yang paling canggih di pasaran. Harganya juga jauh lebih mahal, sekitar RM 40.00 ke atas.

Ada 2 jenis UPT midstream iaitu digital dan bukan digital. Fungsinya sama macam alat ujian kehamilan yang lain, tapi apa yang istimewanya UPT midstream digital boleh beri keputusan termasuk dengan kiraan minggu kehamilan.

Cara Penggunaan :

  1. Letakkan urin di hujung strip
  2. Letakkan alat ujian kehamilan di permukaan rata.
  3. Tunggu keputusan keluar.

Cara baca keputusan menggunakan midstream juga lebih mudah namun ia bergantung kepada jenama yang digunakan.

Ada yang tunjukkan keputusan ‘Pregnant’ atau ‘Not Pregnant’ , ada yang keluar dua jalur atau simbol positif ‘+’ tanda hamil.

Alat ujian kehamilan positif

Kalau nak tahu usia kandungan, kena tunggu lama sikit baru keluar jika anda didapati hamil.

Alat Ujian Kehamilan Mana Yang Paling Tepat?

Kebanyakan alat UPT di pasaran sering menarik pelanggan untuk membeli dengan menjanjikan 99% ketepatan jika digunakan dengan betul.

Sebenarnya, alat UPT yang paling berkesan ialah yang boleh mengenalpasti kadar hormon pada kepekatan rendah.

Ini membuktikan yang alat tersebut lebih sensitif pada kandungan hCG dalam urin. Tak kiralah jenis apa pun.

Contohnya, alat UPT yang boleh mengenalpasti kadar hormon pada 20mlU/ml adalah lebih tepat berbanding alat yang boleh mengesan pada kadar hormone 50 mlU/ml.

Semakin kecil nilai hCG yang boleh dikenalpasti, semakin tepat alat ujian tersebut. Biasanya pada awal kehamilan hormon hCG tidak begitu tinggi.

Oleh sebab itu, ada yang perlu buat ujian beberapa kali atau perlu tunggu dalam 2 minggu selepas hari yang sepatutnya datang haid.

Dengan alat UPT yang dapat menguji kehamilan dengan kadar hormon hCG rendah, ujian yang anda buat akan lebih tepat walaupun pada awal usia kehamilan.

Anda disarankan untuk membeli alat ujian kehamilan di farmasi terdekat dengan sensitiviti sekurang-kurangnya 25mlU/ml.

Jika anda dapati mengandung setelah jalani ujian dan mengalami simptom-simptom mengandung yang jelas, dapatkan rawatan susulan dengan doktor bagi menjamin kesihatan anda dan kandungan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×