Dapur

Menariknya, Ini Cara Buat Telur Dinosaur Yang Comel Untuk Anak. Boleh Makan Jugak Tau!

269
SHARES

“Hari ni nak buat kelainan sikit, masak nasi lemak dengan telur dinosaur! Hah, biar terkejut anak-anak. Mesti diorang suka.”

Teruja tengok telur ayam yang bercorak cantik macam ni kan. Inilah telur dinosaur Retakka namanya. Hehe.

Saja-saja sesekali buat di rumah untuk ceriakan anak-anak pun best jugak kan.

Jom tengok cara buat telur dinosaur yang dikongsikan oleh Puan Suriaty Abd Talib ini. Mudah sangat!

Bahan-bahan

  • Telur ayam
  • Pewarna makanan

Cara-cara

1. Rebus Telur

Mula-mula rebus telur keras macam biasa. Ikut kitalah nak berapa biji.

2. Retakkan Kulit Telur

Lepas dah siap rebus tu biar telur sejuk sekejap.

Kemudian bila agak-agak dah boleh pegang, pecahkan sikit kulitnya bagi retak.

 

3. Golekkan Dengan Pewarna

Bubuh pewarna pada pinggan / mangkuk dan golekkan telur retak tadi.

Cara nak bubuh pewarna dan golekkan telur tu boleh tengok dalam video pendek di bawah ni.

Tunggu pewarna kering sikit dan bolehlah kupas kulit telur tu nanti.

Siap!

Beginilah hasilnya….

Wah, serius mudah je kan? Kalau buat ni mesti anak teruja nak makan.

Bagi yang ada banyak pewarna dekat rumah, bolehlah cuba buat warna lain atau campur jadi warna-warni.

Memang sesuai sangat kalau anak-anak tu jenis suka dengan dinosaur. Bila dah jadi elok macam ni. Kita pun rasa sayang nak makan kan? Hihi.

Jadi apa tunggu lagi, selamat mencuba!

 

*Cara buat telur dinosaur ini dikongsikan oleh Puan Suriaty Abd Talib menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×