Dapur

Jangan Buang Kulit Udang. Ini Cara Buat Stok Udang Yang Akan Buat Masakan Anda Lebih ‘Kick’

2.9K
reads

“Sedap betul char kuey teow kat kedai depan tu. Perencah apa agaknya yang tukang masak tu pakai….”

Kalau anda peminat tegar seafood, apa kata cuba buat stok udang ini menggunakan lebihan kulit udang yang telah dikopek. Sesuai sangat kalau ditambah dalam masakan berkuah seperti mee kari, char kuey teow, sambal, tomyam, sup, dan sebagainya. Nak tambah dalam cucur udang dan nasi goreng pun sedap!

Rasa manis-manis daripada udang pasti akan membuat masakan anda lebih aroma dan kelazatan yang lebih memukau. Berikut adalah cara menghasilkan stok udang homemade yang dikongsikan oleh Mekna Ariana.

Resepi Stok Udang Homemade

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti dalam senarai di bawah.

Bahan-bahan

  • Lebihan kulit udang yang telah dikopek
  • Air
  • Bawang besar atau kecil (dalam 2/3 ulas)
  • Bawang putih
  • Batang saderi (jika ada)
  • Garam secubit

*Kalau ada yang nak letak tomato, cili, atau apa-apa rempah, silakan. Ikut selera ‘tekak’ masing-masing ya.

Cara-cara

Jom tengok pula langkah menghasilkan stok udang yang semudah ABC ini. Senang sangat!

1. Rebus

Mula-mula, masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk. Rebus. Seeloknya rebuslah lama sikit. Kemudian, kecilkan api.

Kemudian, barulah tutup api.

2. Biar Sejuk

Seterusnya, biarkan rebusan tadi sejuk sekejap sebelum dimasukkan ke dalam blender. 

3. Kisar

Bila dah sejuk, kisarkan semuanya di dalam blender.

4. Tapis

Setelah dikisar, tapiskan bahan yang dikisar tadi untuk mendapatkan stoknya. Seeloknya gunakan penapis kain. Yang tak ada, guna penapis kopi pun boleh.

5. Siap!

Inilah ‘bahan rahsia’ yang akan menambahkan lagi kelazatan dalam masakan anda. Cuma tambahkan sedikit sebagai perisa, tak perlu pakai MSG atau stok yang dibeli lagi.

Ia boleh disimpan dalam peti sejuk. Kalau disimpan di bahagian chiller, boleh tahan seminggu lebih. Kalau nak simpan lebih lama, bekukan di bahagian freezer ya.

Jimat, Sedap, Dan Sihat!

Bagi yang selalunya menggunakan stok ayam, apa kata cipta sedikit kelainan dengan menggunakan stok udang homemade dalam menu masakan harian anda.

Tips yang dikongsikan oleh Mekna Ariana ini bukan saja menjimatkan belanja, tapi dalam masa yang sama boleh masak sedap macam Chef Wan! Selain itu, terjamin kebersihan dan tak membazir. Menurut beliau, kalau bagi mak mentua makan masakan yang diletak stok udang homemade, ‘confirmed’ akan jadi menantu kesayangan. Yang paling best, caranya cukup senang. Jadi, rugilah kalau tak cuba.

Silakan share ya, semoga bermanfaat!

 

*Cara buat stok udang homemade ini dikongsikan oleh Mekna Ariana dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk lebih banyak perkongsian, boleh follow FB beliau di SINI.

Yang Popular

To Top