Famili

20 Tips Mengambil Hati Mertua. Jadi Menantu Favourite!

1.9K
SHARES
Tips mengambil hati mertua
 Masih ingat lagi kali pertama berjumpa mertua? Mesti dada berdebar-debar bukan?

Sekarang, itu sudah tinggal jadi kenangan. Anda kini sudah berstatus menantu. Untuk meneruskan hidup, kenalah tahu teknik dan tips mengambil hati mertua, agar sentiasa disayangi. Bukan mertua sahaja, kena juga pandai ambil hati ipar.

Apakah tips mengambil hati mertua dan ipar duai?

1. Angguk-angguk

Walaupun ada beberapa perkara yang kita tidak setuju, angguk-angguk sahajalah. Biarkan mereka selesa dengan pilihan mereka sendiri. Lebih baik mengiyakan sahaja apa sahaja tindakan yang mereka buat.

Walaupun kadang-kadang panas juga hati dengan tindakan mereka, bersabar sahajalah. Itu lebih baik.

2. Jangan masuk campur

Jangan masuk campur urusan meraka, melainkan ia bertentangan dengan Islam.

Senyum sentiasa dan ramah santun bila berbicara. Jangan pula pilih kasih untuk berbaik-baik.

3. Jangan sampai suami report balik pada mak dia

Kadang-kadang apa yang terzahir dari mulut isteri adalah dalam keadaan tanpa sedar. Suami yang mendengar, cuma angguk-angguk sahaja. Entah faham entah tidak.

Sebab itu suami kadang-kadang, berasakan maklumbalas dari isteri tentang keluarganya itu tidak ada apa-apa. Tetapi bila sampai ke telinga mertua dan ipar, boleh jadi perang besar!

4. Jangan berkira dengan duit dan tenaga

Pertama sekali, janganlah terlalu kedekut. Belanjalah sedikit barang-barang keperluan untuk keluarga mertua.

Yang kedua ini bukannya berkira tentang duit, tetapi berkira tentang buat kerja rumah. Elakkan kerja kita diambil alih org lain seperti pakaian kita suami dan anak-anak.Cuci pinggan mangkuk sendiri dan jangan sesekali biarkan di sinki.

5. Tunjuk rajin masak

Tunjuklah rajin memasak di dapur. Sedap tak sedap, itu belakang kira. Asalkan rajin membantu ipar dan mertua.

Dalam mental si ibu mertua, kalau si isteri tak pandai masak, dia mula risaukan anak dia. Siapa yang akan bagi makan?

6. Banyakkan berbual

Perbanyakkan bualan mesra yg boleh menarik minat mertua dan ipar duai. Kalau mereka suka tengok drama di TV, layankan sahaja.

Walaupun tidak sama level, ketepikan dahulu. Janji berkomunikasi.

7. Jangan tunjuk malas

Jangan menonton televisyen apabila mertua atau ipar duai sibuk mengemas rumah.Tak rugi membantu mereka mengemas bersama!

8. Berikan hadiah

Sebab itu, kita selalu nampak orang-orang dulu akan bungkus bawa buah-buahan bila berkunjung ke rumah tetamu. Sama juga adabnya bila menantu melawat mertua.

Jangan lupa belikan mereka ole-ole. Mahal atau murah itu belakang kira. Buah tangan atau hadiah itu adalah tanda ingatan. Bila kita tidak beri apa-apa, maknanya macam kita tidak ingat dia. Scary bukan?

Dan lagi, jika berkunjung ke tempat pelancongan, jangan lupa souvenir. Jangan sampai lupa kerana ia boleh mendatangkan kecil hati.

9. Hormati privasi

Jangan ambil apa-apa barang di dalam rumah mertua tanpa minta izin terlebih dahulu. Juga jangan suka-suka masuk bilik orang lain tanpa kebenaran.

Jangan juga alihkan perabot atau susun atur dalam rumah mengikut citarasa kita.

10. Jangan ambil kesempatan

Untunglah kalau dikurniakan mertua yang baik. Namun, jangan cuba-cuba mengambil kesempatan di atas kebaikan mertua dan ipar duai. Sekali buat hal, mereka tidak akan percaya sampai bila-bila.

11. Cuba bergaul dengan ipar-duai

Jangan asyik dengan mak mentua sahaja. Kena berbaik-baik dengan ipar yang lain. Ini penting supaya tidak berlaku cemburu dalam keluarga, lebih-lebih lagi antara ipar-duai perempuan.

12. Jangan berkepit dengan suami

Masa mula-mula kahwin, bolehlah tunjuk manja semasa tengok TV beramai-ramai di ruang tamu. Bukan apa, takut ipar-duai yang lain meluat melihat kemesraan begitu.

13. Biarkan ibu ‘conquer‘ anak

Sekali-sekala, biarlah ibu dia ‘conquer‘ anak. Takkan asyik isteri sahaja nak ‘conquer‘. Contohnya, kalau mak mertua nak sendukkan nasi untuk anak lelakinya itu, biarkan. Kita boleh uruskan diri kita sendiri.

14. Tak payah tunjuk manja

Tak perlu aksi gedik dan tunjuk manja bila duduk dengan suami. Jangan pula nak tunjuk aksi urut-urut sambil geletek, atau sandar kepala pada bahu suami semasa menonton TV. Lebih-lebih lagi kalau tunjuk aksi ini depan ipar-duai. Gerenti ipar meluat! Mak mertua juga boleh datang sifat cemburu!

Buat biasa-biasa sudah.

15. Offer mak mertua duduk depan

Dahulukan mak mertua dalam apa jua keadaan. Biarkan kita yang kedua. Contohnya, kalau nak kereta dengan suami, offer mak mertua duduk depan. Biarkan mak mertua ada masa sembang dengan anak dia. Kita duduk belakang dengan anak-anak pun tak mengapa.

16. Buat-buat tanya makanan kegemaran suami

Sesekali jadi kepoh apa salahnya. Buat-buat tanya dan salin resepi. Sudah tentu ibu mertua rasa dihargai, kerana dialah yang menyediakan dan menyuap makanan favourite suami dari kecil.

17. Jangan marah suami depan mak mertua

Bukan sahaja marah. Adik beradik marah ialah kutuk atau kecilkan suami depan mak mertua. Kenapa?

Anak jantan itulah yang dia bela dari kecil. Kalau dia layan elok-elok, dia expect menantu akan layan anak dia elok-elok juga. Bukan buruk-burukan suami

18. Ucapkan “Syukur dapat suami macam ni” pada mak mertua

Banyakkan puji suami depan mak mertua. Antaranya, “Terima kasih mak sebab besarkan abang dengan baik sekali. Saya bersyukur sangat-sangat dapat suami macam ni. Ini semua kerana didikan mak”.

Namun cakap biar dalam nada ikhlas, jangan buat-buat nak memuji. Confirm, mak mertua akan kembang.

19. Jangan berebut suami dengan mak dia

Kalau mak dia panggil, dahulukan yang itu. Walaupun kita ada perkara lain yang memerlukan suami, biarkan suami attend mak dia dulu. Didik hati supaya redha, bahawa syurga suami itu di bawah tapak kaki ibu.

20. Ingat bahawa Allah Maha Adil

Jangan sesekali layan mak mertua macam sampah. Apa salahnya layan mak mertua macam mak kita sendiri?

Layan mak mertua baik-baik sebagaimana kita nak menantu kita suatu hari nanti layan anak lelaki kita dengan baik.

 

Akhir kata

Tips mengambil hati mertua

Foto Kredit: ikahwin.my

Sentiasalah berfikiran positif serta elakkan berprasangka buruk dalam kehidupan berumahtangga. Hidup kita bukan dengan pasangan semata-mata. Ia merangkumi kehidupan keluarga pasangan kita.

Semoga menjadi menantu favourite yang disayangi!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×