Kewangan

Bank Islam Perkenalkan Aplikasi & Web Perbankan Baharu ‘BIMB’ Yang Lebih Moden, Ini Cara Daftar

5
SHARES
online banking bank islam

Akhirnya, Bank Islam telah memperkenalkan aplikasi dan web perbankan serba baharu, BIMB. Para pengguna online banking Bank Islam sudah boleh memuat turun aplikasi BIMB di iPhone, Android dan pengguna Huawei serta mengakses perkhidmatan perbankan mereka melalui web BIMB.com.

Pengumuman ini turut membuatkan ramai dalam kalangan pengguna Bank Islam menarik nafas lega kerana aplikasi sudah lebih selesa digunakan!

Baca juga: 5 Kos Yang Perlu Kita Sediakan Bila Nak Beli Sebuah Rumah, Kena Tahu Supaya Tak Terkejut!

BIMB, APLIKASI ONLINE BANKING BANK ISLAM TERBAHARU!

online banking bank islam

Terdapat beberapa pembaharuan yang dilakukan iaitu:

-Aplikasi hadir dengan ‘interface’ yang lebih kemas dan moden
-Navigasi lebih cepat ke tempat yang anda perlukan
-Lebih banyak alat kemudahan di hujung jari anda
-Turut menawarkan sokongan untuk membuka akaun dan juga pembayaran zakat
-Ciri DuitNow juga disertakan untuk memudahkan proses pembayaran melalui aplikasi BIMB ini

Malah, BIMB juga memudahkan pengguna untuk menguruskan akaun mereka, simpanan, kad dan juga pinjaman terus melalui aplikasi sama. Bank Islam memaklumkan aplikasi ini adalah versi naik-taraf untuk Go sebelum ini. Namun menurut Amanz, untuk memuat naik aplikasi BIMB ini pengguna perlu mempunyai peranti dengan iOS 13 dan terkini atau Android 10 dan terbaru.

Sebagai pelanggan baharu, anda tidak mempunyai akses kepada Perbankan Internet Bank Islam dan aplikasi GO by Bank Islam. Anda perlu mendaftar untuk BIMB Web dan BIMB Mobile Perbankan Internet Bank Islam dan GO oleh pengguna Bank Islam tidak akan ditukar secara automatik kepada BIMB Mobile dan BIMB Web. Hal ini kerana, Perbankan Internet Bank Islam dan aplikasi GO by Bank Islam masih akan tersedia sehingga akhir tahun 2025.

CARA UNTUK AKTIFKAN BIMB

online banking bank islam

Selepas memuat turun BIMB Mobile, daftar menggunakan Nama Pengguna Web BIMB sedia ada anda, kata laluan dan nombor Kad Pengenalan (IC) / Dokumen Pengenalan (ID) anda untuk mengikat peranti anda dengan Nama Pengguna Perbankan Internet anda.

Untuk pengguna BIMB Web sedia ada: –

-Masukkan Nama Pengguna dan kata laluan anda
-Masukkan nombor MyKad/ID anda

Jika anda tidak mempunyai Nama Pengguna, daftar dahulu untuk BIMB Web di sini https://web.bimb.com/. Untuk log masuk seterusnya, anda boleh menggunakan cap jari anda (jika disokong oleh peranti mudah alih) atau kata laluan BIMB Web anda yang sedia ada.

*Selamat mencuba!

Baca juga: 30 Senarai Bantuan Kewangan Pendidikan Untuk Pelajar IPT, Jangan Lupa Mohon!

Sumber: Amanz, BIMB

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×