Dapur

Cara Buat Kopi Latte Ala Kampung, Memang Sekali Minum Akan Ketagih!

3
SHARES

Minuman berkopi sering menjadi pilihan orang ramai termasuk warga emas untuk diminum ketika sarapan. Untuk anda yang bekerja pula, pasti tidak akan melepaskan peluang membeli kopi premium kegemaran terlebih dahulu sebelum masuk ke pejabat bukan?

Tetapi, kalau hari-hari asyik beli kopi premium boleh ‘koyak’ juga poket dibuatnya. Jadi, terdapat satu perkongsian resepi kopi latte tetapi ala kampung di laman Facebook. Yang penting, kopi ini akan membuatkan anda rindu suasana kampung dan ‘ketagih’!

Kopi latte ala kampung ketagih

-Air kopi ni jadi ketagihan seisi keluarga saya

Resepi kopi ketagih :

-1- Serbuk kopi (apa-apa jenama kopi kampung)

-2- Susu kotak @ susu segar apa-apa jenama (Paling sedap meadow, farm fresh, ducthlady)

-3- gula melaka

-4- air

Cara – caranya:

1.Masakan kopi sehingga berbuih (gelegak),

2.Biarkan dalam seminit ( dalam keadaan gelegak),

3.Tutup api, tuang dalam jug, masukkan gula, panaskan susu sehingga sedikit berbuih di tepi periuk, tutup api, tuangkan air kopi dan susu dalam jug, tuangkan secawan untuk di minum, selebihnya simpan dalam peti.

4.Masukkan gula dalam jug

5.Panaskan susu sekejap, setakat berbuih di tepi periuk.

6. Saya guna jug ni, anggaran dalam 1liter

7.Campurkan air kopi dan susu

Lagi lama dalam peti lagi sedap.. saya panggil peram kopi..Bila nak minum, hanya panaskan sebentar..

Selamat mencuba.

Sumber: Madihah Hamid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×