Kewangan

Terlupa Masuk Resit Pelepasan Cukai? Jangan Gelabah, Ini Cara Nak Buat Pindaan Dalam e-Filing

52
SHARES
cara buat e-filing

Nampaknya kita sudah memasuki musim e-filing atau musim mengisi pelepasan cukai pendapatan. Perkara ini sangat penting kerana cukai pendapatan adalah cukai yang dikenakan ke atas pendapatan daripada penggajian, komisen, kerja lebih masa, elaun, yuran pengarah, dividen, sewa, royalti, pendapatan perniagaan yang diterima oleh individu, syarikat, koperasi, persatuan dan sebagainya pada setiap tahun. Tapi macam mana cara buat e-filing?

Mungkin ini bukan perkara baharu dan ramai sudah mengetahui caranya namun bagaimana pula jika anda sudah membuat e-filing tetapi bagaimana nak buat pindaan jika terlepas masukkan resit? Boleh ke nak buat pembetulan?

CARA BUAT E-FILING WALAUPUN TERLUPA MASUKKAN RESIT

“Dah submit borang cukai, terlupa pulak nak masukkan resit pelepasan cukai. Boleh ke nak betulkan balik lepas dah submit?”

Jawapannya, BOLEH!

Kena tengok dulu nak buat pembetulan apa? Kalau pembetulan tu melibatkan resit ada yang terlepas kita nak masukkan untuk pelepasan cukai, tak perlu submit atau edit semula apa-apa borang cukai. Langkahnya mudah!

1. Semak dulu fail cukai kita dekat mana. Dalam MyTax kita boleh tengok cawangan kita berdasarkan negeri mana, Wilayah Persekutuan KL ke, Selangor ke atau negeri-negeri lain (LHDN sekarang pecahkan fail cukai ikut negeri).

cara buat e-filing

2. Tak yakin nak rujuk siapa, contact Pegawai Perhubungan Awam LHDN ikut negeri masing-masing. Bagikan nombor cukai (TIN) korang untuk semakan. Kalau boleh dapat spesifik emel pegawai yang uruskan file korang lagi baik. Bagitau nak buat pembetulan.

cara buat e-filing

3. Korang buat simple surat, nyatakan terperinci apa kesilapan atau pindaan yang korang nak buat. Kalau ada resit terlepas nak masukkan, bagitau dalam surat. Lampirkan bersama resit/dokumen pindaan yang korang nak buat tu untuk rujukan LHDN ke cawangan negeri fail korang tadi.

4. Lepastu tunggu LHDN buat pindaan sajalah. Cuma kalau pindaan tu resit kecik-kecik, saranan saya tak perlulah nak pinda. Abaikan je. Takut amaun yg terlepas tu utk pelepasan cukai tak berbaloi dengan masa yang korang kena ambil untuk buat pindaan ni. Melainkan banyak masa terluang.

Bagi kes pindaan lain, bukan macam situasi atas. Ada pindaan yang kena buat dengan hantar borang pindaan. Itu pun kalau libatkan situasi macam ni,

1. Pendapatan kurang / tak lapor

2. Belanja / elaun modal / insentif / tuntutan lain terlebih tuntut

Kalau korang alami situasi macam atas ni, yang ni memang kena hantar borang cukai. Ada borang pindaan khas. Bila pindaan berlaku untuk situasi atas tadi jadi akan berlaku perubahan dari segi:

1. Tak kena cukai asalnya, boleh jadi kena cukai.

2. Dari kena cukai sikit, boleh jadi ada cukai tambahan

3. Daripada refund banyak jadi mengurangkan bayaran refund yang asal tu.

Akan ada penalti ke kalau buat pindaan ni? Ada. Pada kadar 10%. Nanti korang kena isi borang pindaan ni sendiri je. Dalam tu nyatakan amaun terkurang lapor sebagai contoh. Ada pengiraan cukai baru. Tambahan cukai akan dikenakan penalti 10%.

Kesimpulan dia, sebelum nak declare pastikan korang betul-betul dah ambil kira semua pendapatan yang korang ada, belanja-belanja untuk tuntut pelepasan cukai, resit-resit semua sekali.Jangan terkejar-kejar waktu nak declare tu. Faham korang nak submit cepat sebab nak refund cepat.

Tenang-tenang. Ambil kira semua perkara dulu. Lagipun declare memang start 1 Mac tapi korang ada masa sampai 15 Mei untuk yang makan gaji dan 15 Julai untuk yang ada bisnes.

Sumber: Twitter @AzrulIzzaham

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×