Dapur

Cara Betul Simpan Semua Jenis Mi Basah Supaya Tak Mudah ‘Patah’

2.3K
SHARES

“Alamak, kenapa koey teow aku beli ni dah beku? Putus-putus bila masak…”

Siapa sahaja yang tidak pernah mengalami situasi seperti di atas? Ternyata penyimpanan mi kuning atau yang seangkatan dengannya perlu dilakukan dengan teliti supaya tidak akan menyesal di kemudian hari. Jika anda tersalah menggunakan teknik penyimpanan yang betul, memang masakan anda tidak akan jadi seperti apa yang dijangka. Jadi, jom kita ikut cara penyimpanan yang betul supaya mi, koey teow dan ‘rakan-rakannya’ boleh dimasak dengan sempurna!

Penyimpanan mee (kuning, kuey teow dan laksa) basah

Alang-alang hari tu ada yang tanya macam mana nak simpan mee2 basah ni supaya tahan lama. Hani kongsi kat sini lah ya. Eleh hani copy paste sharing hani kat IG kat sini je hahahaha here we go:

Hani ni hantu laksa penang . Selalunya setiap bulan akan masak laksa. So ni cara nak pastikan laksa basah yg hani beli tahan lama dan tak berbau hapak ke apa. . Cara ni sesuai utk semua jenis mi basah (mee kuning, mi kuey teow dan mi laksa). Mi basah mcm ni kalau letak kat luar peti ais boleh tahan 3 hari. Letak je kat tempat redup (no direct sunlight) kat dapur.

Tapi kalau nak tahan 2-3 minggu, jangan masukkan terus dgn plastik sebungkus2 tu terus dalam peti ais. Nanti dia mem”beku” dan melekat mi nya. Bila nak makan kena rebus balik, lepas tu sebab dia keras kejung mulalah dia patah-patah so tak cantik mi nya. Lepas tu lama pulak nak tunggu mi tu terurai satu-satu kan. Sapa pernah buat mcm tu faham maksud hani hehehe(hn pun pernah buat dolu2 haha)

CARA YANG BETUL SUPAYA MI TAK ‘BEKU’

So cara yang sebetulnya (ni yg hn tanya penjual laksa dan mee kari), lepas beli keluarkan dari bungkusan dan terus masuk dalam bekas berpenutup, letak minyak sikit dan urai-uraikan mi tu. Pastikan dia tak seketul membongkah cmtu je mi dia. Jangan kena air. Pastikan bekas nak diisi tu pun kering. Tutup bekas dan masuk dlm peti ais bahagian chiller. Tiga minggu pun boleh tahan. Nanti time nak makan rebus air sekejap , air dah mengelegak masukkan mi dan nanti mi dia cantik tak patah-patah.

Ok dah boleh makan laksa tetiap hari tetiap minggu sbb selalu masak laksa mmg hani lebihkan kuih laksa tu dan bekukan. Nak makan panaskan je. Sapa hantu laksa mcm hn bolehlah try cmni. Semoga bermanfaat!

Sumber : Hani Mynis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×