Rumah

7 Tips Mudah Bersihkan Tandas Dengan Cepat Tanpa Menyental

345
SHARES

“Malasnya nak cuci tandas. Tapi, apa nak buat. Musim raya ni memang banyak tetamu berkunjung. Nanti kalau tandas tak bersih, tak syoklah. Hmm.. Apa agaknya cara bersihkan tandas yang boleh memudahkan dan menjimatkan masa ya? Tak payah nak menyental setiap hari.”

Sebenarnya, kita boleh mengekalkan kebersihan tandas dengan mudah jika kebersihannya dijaga setiap hari. Di samping itu, ada juga beberapa cara bersihkan tandas berdasarkan petua atau tips yang telah dipraktikkan sejak sekian lama.

Di sini, kami ingin kongsikan cara bersihkan tandas yang efektif dan mungkin ramai tak tahu.

7 Tips Mudah Bersihkan Tandas Dengan Cepat Tanpa Menyental

1. Gunakan Air Suam

Tahukah anda air suam atau air yang dihangatkan sedikit dapat menggandakan lagi keberkesanan sabun pencuci?

Isikan baldi berisi air suam dan bilas lantai atau dinding menggunakannya. Juga berkesan jika dicurah pada sinki serta tab mandi dalam bilik air.

Foto Kredit: realliving.com

2. Pembasmi Kuman & Agen Pencuci Semulajadi

Jika anda tidak mahu menggunakan sabun pencuci kimia yang kuat baunya, apa kata buat sendiri serbuk pencuci semulajadi menggunakan campuran baking soda dan cuka.Kedua-dua bahan ini adalah penyerap bauan serta sifat asidik dalam cuka membantu membasmi kuman dengan berkesan.

Caranya mudah, campurkan saja kedua-dua bahan ini sehingga menjadi pes. Kemudian, sapukan pes ini pada lantai, dinding, atau mana-mana bahagian tandas. Biarkan selama 15 minit dan selepas itu bilas dengan air bersih. Mudah!

Foto Kredit: roxyonline.co.in

3. Mencuci Celah Jubin

Sekiranya tandas jarang disental atau lama ditinggalkan, lantai dan dinding boleh berkulat. Sesetengah kesan ini sukar ditanggalkan walaupun telah diberus.

Untuk menanggalkannya, cuba campurkan cecair peluntur dengan cuka dalam sebuah botol spray. Kemudian, semburkan dan biar ia mengering (penting) sebelum membilas. Jika kesan masih tidak tertanggal, gunakan baking soda yang dilarutkan dalam sedikit air dan gunakan berus gigi terpakai untuk memberusnya.

4. Baby Oil Sebagai Pengilat Pili

Untuk mencuci kepala pili, anda boleh menggunakan sabun pencuci atau baking soda. Satu tips untuk menjadikannya lebih kilat adalah dengan menyapukan sedikit minyak bayi atau baby oil. Boleh berkilat macam cermin. Cubalah!

Foto Kredit: pinterest.com

5. Cara Bersihkan Lubang Tandas

Spraykan larutan cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan beberapa minit sebelum menggosoknya. Kalau nak lebih wangi, tambahkan sedikit tea tree oil atau perahan lemon. Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, bilas seperti biasa.

Jangan lupa spraykan juga pada tempat duduk tanda, penutupnya, serta bahagian-bahagian yang terlindung pada tandas sebelum memberusnya.

cara bersihkan tandas

Foto Kredit: bigdealhq.com

6. Lemon & Garam

Selain cuka, anda juga boleh menggunakan lemon dan garam sebagai agen pencuci yang berkesan. Taburkan garam dan scrubkan bahagian kotoran dengan menggunakan lemon yang dibelah 2.

tips membersihkan rumah

Foto Kredit: okchicas.com

7. Span Untuk Mencuci Hos Getah

Perasankah anda, bahagian dalaman hos getah juga boleh berkulat jika tidak dicuci. Tapi, ia bukan kerja mudah kerana bahagian tersebut amat kecil dan sukar dicapai.

Untuk mencucinya, sumbatkan beberapa keratan span basuh pinggan dan masukkan ke dalam hujung hos. Kemudian, pasangkan air dan biar span tersebut keluar melalui satu hujung lagi.

*(Rujuk video di bawah pada 2:17)

Kerja Mencuci Menjadi Lebih Mudah

Semoga dengan mempraktikkan beberapa cara bersihkan tandas ini, kerja akan menjadi lebih cepat dan mudah.

Selamat mencuba!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×