Asuh

6 Aplikasi Paling Mudah Untuk Ajar Anak Mahir Bahasa Asing, Bahasa Satu Dunia Ada!

2
SHARES
cara belajar bahasa

Penguasaan bahasa asing dalam kalangan anak-anak yang kian membesar adalah kelebihan yang boleh dikuasai seawal usia 3 tahun. Selain Bahasa Melayu, ramai dalam kalangan ibu bapa yang menekankan pembelajaran Bahasa Inggeris dan lupa bahawa cara belajar bahasa lain menggunakan 6 aplikasi ini adalah sangat mudah!

Bukan sahaja untuk anak-anak, malah orang dewasa yang nak mula belajar bahasa lain seperti Arab dan Jepun pun boleh menggunakan aplikasi ini. Jom cuba!

Baca juga: Siap Sedia Dari Segi Akademik, Mental & Fizikal Untuk Anak Masuk Darjah 1.. Elak Insiden ‘Terkucil’

CARA BELAJAR BAHASA GUNA APLIKASI LEBIH MUDAH!

cara belajar bahasa

Foto: Candid.Technology

1.Superlingo

Aplikasi ini adalah untuk anak-anak belajar Bahasa Inggeris terutama melibatkan pembelajaran melalui dialog dan perbualan sebenar.

2.Lingodeer

Aplikasi ini digunakan untuk belajar asas Bahasa Arab. Aplikasi ini memberikan akses nota yang kita nak anak belajar. Aplikasi ini sangat berstruktur dan memudahkan pemahaman bahasa Arab asas.

3.Duolingo

Antara yang popular adalah aplikasi Duolingo. Aplikasi ini membantu pendekatan yang interaktif sambil membolehkan anak belajar bahasa dan salah satunya boleh belajar bahasa Norwegian.

4.Alif Bee

Alif Bee merupakan aplikasi yang direka khusus untuk memudahkan pembelajaran Bahasa Arab. Aplikasi ini mempunyai modul pembelajaran yang meliputi asas-asas Bahasa Arab seperti huruf,tatabahasa, dan perbendaharaan kata.

5.Memrise

Memrise menawarkan pelbagai bahasa untuk dipelajar, termasuk Bahasa Arab, Icelandic, Korean, Swedish, dan banyak lagi. Memrise menggabungkan elemen permainan dalam pendidikannya, menjadikan proses belajar bahasa lebih menarik dan menyeronokkan.

6.Think Quran

Satu aplikasi yang memudahkan anak-anak belajar bahasa Arab Al-Quran. Banyak menekankan kalimah Al-Quran yang kerap berulang. Aplikasi ini membantu anak meningkatkan pemahaman ketika membaca Al-Quran.

cara belajar bahasa

Foto: www.latinoliteracy.com/

Baca juga: Awas! Rupanya 8 Kartun Animasi Yang Ditonton Anak Setiap Hari Ini Ada Unsur LG*T!

Sumber: Hanis Athirah Rusli

Foto: innovationatwork.ieee.org, kidsrkids.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×