Asuh

Cuba Check Cara Anak Pegang Pensel Betul Atau Tak, Patutlah Cepat Penat!

53
SHARES

Menulis mungkin merupakan aktiviti yang sedikit membosankan untuk anak-anak. Mana tidaknya, di sekolah perlu menulis dengan banyak dan pulang ke rumah pun perlu dilatih menulis lagi. Penat!

Untuk pengetahuan anda, proses latihan menulis ini perlu diterapkan dari kecil lagi dan memerlukan kekuatan dan segi tangan dan bahu anak-anak. Namun, anda perlu perhatikan cara anak memegang pensel tersebut sama ada betul atau tidak. Ada kesannya!

Baca juga: Anak Cepat Penat Menulis? Ini Jenis Mainan Kuatkan Jari Anak Boleh Beli Di Shopee

CUBA CHECK CARA ANAK PEGANG PENSEL, BETUL ATAU TAK?

Ini namanya high pressure pencil grip. Antara passion saya sebagai Terapis Kanak-kanak adalah tentang handwriting. Atau cara kanak-kanak menulis. Eh…Best tau topik handwriting ni. Kita selalu rasa “ASAL ANAK BOLEH TULIS TU, CUKUPLAH”.

Tapi, bagi OT macam saya, penting sangat untuk anak-anak belajar dari awal cara pegang pensel, cara menulis, cara kawal pergerakan semasa menulis dengan betul tau.

Sebab? Haa…Cuba tengok dalam gambar yang saya share ni. Ni screenshot dari video yang dikongsikan salah seorang ibu hebat, peserta bengkel Anak Happy Menulis saya bulam Oktober hari tu. Nampak OK je kan? Haa…Tapi, seorang OT akan risau bila anak tu menulis dengan kedudukan jari macam dalam gambar ni.

Memegang pensel dengan TEKANAN YANG TINGGI. Tapi, kalau kita tak bantu betulkan cara anak ni pegang pensel, nanti anak ni akan:

1. Cepat penat semasa menulis.

2. Cepat lenguh tangan.

3. Rasa menulis ni memenatkan.

4. Tak enjoy menulis.

5. Rasa hilang motivasi menulis.

Dan kalau dibiarkan sampai dia masuk sekolah rendah, nanti anak ni akan berisiko:

– menulis lambat

– tak sempat salin kerja sekolah

– struggle setiap kali ada latihan yang memerlukan menulis.

ANAK STRUGGLE DAN PENAT MENULIS

Sebenarnya, ramai anak-anak yang pandai. Boleh jawab kalau kita tanya soalan secara verbal. Tapi, bila exam tak boleh jawab.Antaranya sebab apa? Sebab anak ni rasa struggle dan penat dengan menulis.

Saya sebenarnya, sangat respect ibu ayah yang join bengkel menulis saya haritu tau. Bersungguh mereka buat aktiviti selama 8 hari bersama tu. Ada yang anak belum sampai 3 tahun pun dah join. Reasonnya?

Nak pastikan mereka beri pendedahan yang betul semasa latih anak menulis. Tak mahu tersalah ajar. Dan menyebabkan anak sukar menulis sampai besar. Aktiviti yang saya bagi dalam bengkel tu pun bukan lama pun. Serendah 5 minit. Serius. SERENDAH 5 MINIT SEHARI, BOLEH UBAH ANAK KITA JADI SUKA MENULIS TAU. (Macam bunyi iklan apa pulak kan). Kadang kita tak perasan tau.

Rupanya, anak kita yang kita ingat “MALAS MENULIS” tu, rupanya tengah struggle. Hmm…Cuba check. Anak ibu ayah masa menulis, jari dia menekan macam ni tak?

Sumber: OT AisyahRozalli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×