Famili

Cantiknya, Macam Tembikai Betul! Ini Resepi Puding Tembikai Wajib Kena Cuba

113
SHARES

Lambakan resepi yang dikongsi pada waktu sekarang jika dikumpul anda semua sudah boleh menghasilkan satu buku lengkap resepi dari resepi pembuka selera sehingga lah pencuci mulut. Pelbagai resepi yang dikongsi tidak kira waktu dan tidak kira tempat. Ada juga yang menggunakan video sebagai medium untuk berkongsi resepi.

Pengguna laman facebook, Mas Cotek juga sering berkongsi pelbagai resepi. Tetapi antara resepi yang menarik perhatian adalah puding tembikai yang dikongsinya. Sekali imbas kita tengok macam tembikai betul bentuknya. Menu yang sesuai untuk minum petang ini boleh dicuba oleh semua orang dan bagi penggemar puding, ini antara resepi yang anda patut cuba!

Resepi Puding Tembikai

BAHAN A

1 paket serbuk agar² (10gm)

4 cawan air

BAHAN B (diblend)

3 keping roti putih gardenia

1 biji telur

1/4 cawan gula

1/2 cawan susu pekat

2 sdb mentega/margerin

1 tin susu cair

1 sdt esen vanilla

1/2 sdt perisa rose golden lion + 1/2 sdt bright red

1/2 sdt pewarna hijau tua + 1 sdt pewarna hijau apple star brand

BAHAN LAIN (biji² tembikai)

Cincau

Bijan hitam

Selasih

Coklat chip

Coklat rice

Terpulang nak masukkan ye

Cara Cara Penyediaan Puding

– Masak bahan A sehingga larut

– Perlahankan api

– Masukkan pula bahan blend dan kacau sebati

– Dengan menggunakan api perlahan masak sehingga adunan mendidih/naik wap

– Tutup api

Untuk loyang 8×8

– Ambil 1 cawan adunan puding diwarnakan hijau

– Tuang ke dalam loyang/sejukkan

– Cakar dgn garpu permukaan puding

– Ambil 3/4 cawan adunan puding iaitu warna asal tuang ke atas lapisan hijau sejukkan

– Cakar juga permukaan puding

– Adunan selebihnya diwarnakan merah masukkan cincau atau bijan hitam (terpulang)

– Tuang merah ke atas lapisan asal kemudian sejukkan

– Siap/sedia dihidangkan

Untuk loyang segi 3 (Loyang Segi 3 ni ada jual di bakery)

– Tuang merah, warna asal dan akhir sekali hijau

Ikut langkah2 yg sama

**disini ada kesilapan sedikit

Lapisan tgh opah tu sepatutnya nipis sedikit dari lapisan hijau..

Opah dh silap tuang. Hijau tebal baru cantik,. bg mata opah le..kome pandai2 lah ye

Itu dia resepi yang menyelerakan dan menyejukkan tekak anda ketika minum petang. Selamat mencuba!

Sumber : Mas Cotek

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×