Terapi

Bila Dah Kahwin, 7 Momen Inilah Yang Akan Buat Kita Rindu Sangat Pada Mak

2.1K
SHARES

“Aduh, kenapalah emosional sangat aku hari ni… Asyik teringat dekat Mak je.”

Tak dinafikan bahawa perkahwinan merupakan salah satu hari paling bahagia buat kita. Secara tidak sedar, ia juga bakal menjadi titik tolak terhadap perubahan dalam hidup kita. Layanan daripada pasangan tentunya tak akan sama dengan cara Mak membesarkan kita.

Tak kiralah anak lelaki atau anak perempuan, masing-masing tentu punya hubungan yang istimewa dengan ibu masing-masing. Biasalah kadang-kadang kita tak sependapat dan selalu bertekak. Tapi kadang-kadang kita hanya akan mula ‘terasa’ kehilangan dan rindu pada Mak selepas berkahwin.

7 Momen Yang Akan Buat Kita Rindu Sangat Pada Mak

Inilah 7 momen yang akan buat kita rindu sangat-sangat pada Mak, terutamanya lepas dah berkahwin dan tinggal berasingan.

1. Bila Jatuh Sakit

Bila kita demam, Mak selalu ada masa untuk kita. Mak akan jadi ‘doktor’ pertama kita. Mak akan manjakan kita tak kiralah berapa umur kita.

Mak picit kepala, Mak buatkan bubur, Mak ‘paksa’ kita makan. Mak akan pastikan kita dapat rehat yang secukupnya. Berapa kali Mak masuk bilik nak pastikan kita dah makan ubat. Rasa tenang dan selesa bila dapat tengok muka Mak. Aduh, rindunya…

Isteri sakit demam panas

2. Bila Tengok Drama / Filem

Kalau ada drama atau filem yang bertemakan kasih sayang ibu, hati mesti cepat tersentuh. Cepat-cepat rasa nak telefon Mak.

Ada sesetengah scene tu bukanlah sedih sangat, tapi tak tahulah kenapa air mata meluncur laju je. Ini mesti kes teringat dekat Mak, kan?

Foto Kredit: myteenguide.com

3. Bila ‘Mengidam’

Mengidam ni bukan kes orang mengandung saja. Yang lelaki dan tak mengandung pun mesti pernah rasa teringin sangat nak makan masakan Mak. Kadang-kadang masakan Mak tu memang simple saja. Tapi bila tanya resepi dan masak sendiri, tak pernahnya menjadi!

Teringin punya pasal, sanggup balik hari semata-mata nak makan masakan Mak. Walaupun sekadar makan sardin dan cekodok, rasa seronok sangat. Betullah orang cakap, chef hotel mana pun mesti takkan dapat tandingi kehebatan masakan Mak sendiri.

Foto Kredit: inhilkklik.com

4. Bila Mengandung

Masa mengandung, kebanyakan wanita rasa Mak lebih memahami kepayahan kita berbanding pasangan. Lagipun, Mak kan perempuan. Hati perempuan ni lain sikit.

Bila berbual dengan Mak, sedikit sebanyak segala rasa mual, loya, sakit kaki, sakit belakang, penat semuanya hilang.

hamil anak kedua

Foto Kredit: healthline.com

5. Bila Ada Masalah

Kadang-kadang bila ada masalah dengan bos, bergaduh dengan pasangan, salah faham dengan ibu mertua atau ipar duai, kita rasa sedih. Ada masanya kita terlalu penat, tension atau stres, Mak jugalah yang kita cari. Bukan nak mengadu. Cuma nak meluahkan perasaan dan minta nasihat.

Masa belum kahwin dulu, semuanya kita boleh cerita pada Mak. Tapi sekarang kita mungkin lebih berahsia sebab kononnya berdikari atau nak jaga aib rumahtangga. Yang peliknya, walaupun kita tak beritahu, biasanya Mak dapat agak sendiri!

cara mengawal marah

Foto Kredit: everytinything.com

6. Bila Rasa Sunyi

Hidup selepas berumahtangga biasanya tentulah lebih sibuk. Ada saja perkara yang perlu diselesaikan. Keluar awal pagi, balik lewat malam.

Walaupun kita sibuk, ada masanya tentu akan rasa sunyi. Makan seorang, pandu kereta sendiri, ada momen begini kita akan teringat pada Mak. Apalah yang Mak tengah buat sekarang…

Foto Kredit: stuff.co.nz/

7. Bila Berjaya Dapat Sesuatu Yang Diidamkan

Selain waktu sedih, waktu kita berjaya pun kita akan rindukan Mak. Contohnya bila dapat naik pangkat, bila dapat tawaran sambung belajar ke luar negeri, bila anak-anak dapat keputusan peperiksaan yang baik. Rasa tak sabar nak beritahu Mak.

Maklah yang menjadi penguat semangat kita hingga ke hari ini. Kalau boleh, nak peluk Mak kuat-kuat waktu tu juga!

Pesanan ibu kepada anak dara

Foto Kredit: kaskus.co.id

Rindunya Dekat Mak!

Selepas berkahwin, mesti kita akan melalui momen-momen seperti ini. Orang perempuan terutamanya adalah yang paling terasa sebab biasanya mereka ada bonding yang special dengan Mak. Tambahan pula, orang perempuan dah kurang bersosial dan tak banyak kawan lagi selepas berumah tangga.

Sebab itulah walaupun kita dah semakin berjauhan, Mak tetap orang nombor satu yang kita cari.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×