Famili

Buletin Utama TV3 Perkenal Program ‘Mentor Mentee Bilik Berita’, Latih Pelapis Baharu

2
SHARES
buletin utama tv3

Buletin Utama TV3 menganjurkan program ‘Mentor Mentee Bilik Berita’ bertujuan untuk meningkatkan kredibiliti di samping memperkasakan potensi serta membimbing kerjaya barisan pelapis dalam mencapai strategi organisasi di era persaingan global yang kian mencabar.

Baca juga: Keluarga Toksik Adalah Realiti Yang Ramai Tak Sedar, Ini Tanda Anda Kena Awasi

BULETIN UTAMA TV3 PERKENAL PROGRAM MENTOR MENTEE, GILAP KREADIBILITI PENYAMPAI

buletin tv3

Program ‘Mentor Mentee Bilik Berita’ ini diketuai oleh Mior Abdul Malek Raiyani bersama empat mentor profesional iaitu Azwaliza Azman, Norliza Md Zain, Phang Chinn Fei dan Datin Seri Fazilah Hani Harun. Kempat-empat mentor ini kesemuanya mempunyai pengalaman yang sangat luas, pengiktirafan institusi akademik, dinobatkan sebagai penerima anugerah berprestij, Anugerah Bintang Kerajaan dan pelbagai lagi kualiti yang sesuai untuk mengendalikan program sebegini.

Menurut Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad dan Primeworks Studios,

“Program Mentor Mentee Bilik Berita ini sangat bermanfaat dalam mengekalkan kedudukan kita sebagai stesen Nombor 1 Negara. Rata-rata rakyat Malaysia memang setia menunggu siaran berita dari stesen TV3 terutamanya Buletin Utama yang disiarkan setiap hari pada pukul 8:00 malam.”

Bukan itu sahaja, untuk pengetahuan anda, Program ‘Mentor Mentee Bilik Berita’ ini merangkumi 4 stesen televisyen Media Prima dan akan dimulakan dengan TV3, diikuti dengan stesen seterusnya iaitu TV9, 8TV dan NTV7.

“Diharapkan dengan adanya program ‘Mentor Mentee Bilik Berita’ ini, kita dapat raih lebih ramai penonton dan kita nak Buletin Utama terus dipandang sebagai platform berita yang cakna dengan perkembangan dan sentiasa bersifat semasa. Kita perlu kekalkan tagline yang kita pegang iaitu ‘First In News, Best In Entertainment’,” katanya lagi.

Setiap mentor akan membimbing 6 orang mentee selama program ini dijalankan. Antara latihan yang akan diberikan kepada para mentee adalah prinsip-prinsip penting untuk menjadi penyampai berita yang berkualiti, persediaan ketika berhadapan dengan kamera, cara melontarkan suara dengan betul, teknik penyampaian yang berkesan dan mengendalikan temu ramah di lokasi mahupun di studio.

Tidak ketinggalan, paling penting sekali adalah teknik membaca skrip yang betul serta tepat supaya mesej yang ingin disampaikan adalah mudah untuk difahami. Latihan ini juga turut merangkumi etika berpakaian, solekan dan dandanan sesuai sebagai penyampai berita supaya nampak lebih anggun dan berwibawa sewaktu muncul di TV mahupun di platform digital.

buletin tv3

*Tak sabar nak tengok wajah-wajah baharu penyampai berita negara!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×