Famili

BAHAYA! Budak Lelaki 11 Tahun Pandu Kereta, Bapa Disaman Polis!

8
SHARES
budak bawa kereta

Tahun lepas, kita pernah digemparkan dengan berita mengenai budak bawa kereta pada usia 11 tahun di Klang, Selangor. Terbaharu, ada lagi kes melibatkan kanak-kanak bawah umur yang pandu kereta secara bersendirian!

Kes ini mendapatkan perhatian ramai apabila video kanak-kanak tersebut tular di laman media sosial kelmarin.

Baca juga: 7 Tragedi Culik dan Bunuh Kanak-Kanak Pernah Menggemparkan Malaysia, Sebak..

BAPA BUDAK BAWA KERETA KENA SAMAN POLIS

budak bawa kereta

Bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang memandu sebuah kenderaan secara bersendirian di bandar Sibu, Sabah sudah dikenakan tindakan saman oleh polis.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata tindakan saman di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu dibuat selepas kanak-kanak berkenaan berjaya dikesan kira-kira 6.50 petang semalam. Beliau berkata kanak-kanak itu dan ibu bapanya dibawa ke Pejabat Trafik Polis Sibu untuk siasatan.

Memetik laporan Harian Metro, hasil siasatan mendapati pemandu kereta tersebut iaitu kanak-kanak lelaki berkenaan menghidap autisme dan mempunyai rekod perubatan di Klinik Pakar Psikiatri Hospital Sibu. Menurutnya polis mendapat maklumat berhubung video berdurasi 30 saat yang tular di laman sosial kira-kira 3 petang semalam, menunjukkan kanak-kanak berkenaan memandu kereta secara bersendirian di Jalan Kampung Nyabor, Sabah.

*Video yang tular tersebut pun sudah dipadam supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi.

Baca juga: Kanak-Kanak Usia 4 Tahun Maut Akibat Si Bapa Sumbat & Paksa Makan Cili

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×