Sihat

“Boleh Kecut Otak Kanak-Kanak Kalau Asyik Makan Manis”-Pakar

187
SHARES
makan makanan manis

Semua tahu rasanya tentang keburukkan terlebih gula dalam badan. Kalau dah terlebih gula dalam badan itu, mesti kita akan rasa lemau dan badan macam bertoksik. Bukan itu sahaja, terlebih gula juga boleh menyebabkan penyakit seperti kencing manis.

Ini baru keburukkan gula kepada orang dewasa, bagaimana pula keburukkan gula kepada kanak-kanak? Menurut pengguna Instagram @mazliana.mazlan yang juga merupakan seorang doktor telah berkongsi keburukkan terlebih gula dalam badan kanak-kanak.

Baca juga: “Jangan Letak Tuala Basah Pada Dahi Anak Ketika Demam”- Pakar

DOKTOR KONGSI BAHAYA TERLEBIH GULA DALAM BADAN KANAK-KANAK

terlebih gula

Menurut perkongsian Dr. Mazliana, beliau mengatakan yang otak kanak-kanak boleh kecut kalau dibiarkan makan gula berlebihan.

“Kecut otak anak-anak kalau kita bagi makan minum tinggi gula selalu. Tugas kita untuk ajar anak-anak tentang bahayanya gula. Sejak dari anak-anak kecil, cuba ajak mereka jauhkan diri dari gula seboleh mungkin. Ajak pelan-pelan, explain selalu. Anak-anak akan faham,”

“Susah nak buat, tapi kita cuba. Sebab kesannya kita takkan nampak sekarang. Cuba bayangkan kita hari-hari bagi anak minum air manis waktu pagi sebelum ke sekolah,” tambahnya lagi.

Mungkin kita fikir untuk beri tenaga, nak anak sihat dan kuat supaya dapat fokus belajar di sekolah. Atau mungkin option yang lebih sihat kita bagi susu tepung kaya DHA yang dibancuh dengan gula bagus untuk perkembangan otak.

Sebenarnya kita tengah latih anak kita dari kecil, wajib minum air manis waktu pagi sebelum pergi sekolah. Mereka akan bawa sampai ke tua seperti kebanyakan kita sekarang yang tak boleh tinggal air manis waktu sarapan pagi.

SENARAI MAKANAN YANG BERGULA & SELALU BAGI KEPADA KANAK-KANAK

Junk Food Advertising Banned to Curb Obesity in the UK

Hakikat sebenar, kita telah rosakkan sel otak anak-anak dengan kenalkan mereka dengan makanan dan minuman bergula seawal bangun pagi. Antara makanan yang bergula adalah:

– Biskut
– Roti
– Aiskrim
– Jus buah
– Jem
– Bar coklat
– Cereal
– Keropok
– Pes pasta
– Sos
– Kicap
– Sos tiram
– Pes masakan

Kathmandu's kids are eating more junk food than ever and it's stunting their growth

Semuanya ada gula sama ada kita sedar atau tidak. Susah untuk kita elakkan sepenuhnya gula dalam kehidupan seharian.

Gula tersembunyi terlalu banyak dalam makanan ultra proses. Walau kita rasa tak manis sangat, tapi gula tetap banyak dalam tu. Gula antara kandungan pertama dalam kebanyakan makanan ultraprocessed.

Kalau susah nak elak yang lain, kita cuba elak air manis je dulu dari anak-anak. Terutama waktu pagi k. Minum air kosong kan lebih sihat.

Video penuh:

https://www.instagram.com/p/CdSlQi4g6Gb/

Kita cuba sama-sama ya, insyaAllah!

Sumber: Instagram @mazliana.mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×