Nur

Boleh Ke Gabung Puasa 6 & Puasa Ganti? Ini Penjelasan Mufti

22
SHARES
puasa 6 dan puasa ganti

Dalam kemeriahan kita meraikan Hari Raya Aidilfitri tahun ini selepas 2 tahun PKP, janganlah umat Islam lupa untuk melaksanakan puasa 6. Bagi umat Islam yang ingin mendulang pahala lebih, melaksanakan ibadah puasa sunah di bulan Syawal boleh menjadi pilihan.

Puasa 6 adalah puasa sunnah yang dapat ditunaikan selama enam hari di bulan Syawal setelah Hari Raya Aidilfitri. Orang yang berpuasa selama enam hari di bulan Syawal setara dengan berpuasa selama setahun penuh.

Baca juga: 14 Pantang Larang Bila Berkunjung Ke Rumah Orang Semasa Raya

BOLEH KE GABUNG PUASA 6 & PUASA GANTI?

puasa ganti dan qadha.JPGSaban tahun, persoalan menggabungkan puasa enam dengan puasa ganti kerap ditanya oleh saudara Islam kita.

Bagi wanita khususnya, ramai yang inginkan kepastian sama ada ganti puasa boleh disekalikan dengan puasa enam.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menggabungkan antara puasa wajib dengan puasa sunat hukumnya adalah harus.

Meskipun diharuskan, menutut mazhab Syafie, tetapi ganjaran atau pahala puasa diperolehi kurang sempurna. Ini kerana ia lebih afdal dilakukan pada hari berlainan.

Tak Ada Salahnya Berikan Reward Motivasi Anak Agar Belajar Puasa - Surya.co.idMengikut pendapat yang muktamad, afdhal seseorang itu menjadikan puasa qadha berasingan dengan puasa 6 pada bulan syawal.

Namun begitu, menyatukan puasa qadha dengan puasa enam itu tetap diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang dhaif.

Namun begitu, menyegerakan qadha puasa itu adalah sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak terutama kepada sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur yang dibenarkan syarak.

Semoga kita termasuk bersama-sama dengan orang bertaqwa!

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×