Kini Trending

#BilaHatiMemilihDia Gandingan Eyka Farhana & Aedy Ashraf Dalam Drama Terbaru TV3, Kena Tengok!

8
SHARES

Diadaptasikan daripada novel karya Wan Nur Najihah di bawah penerbitan Global Station Sdn Bhd, sebuah drama gandingan dua pelakon hebat tanah air iaitu Aedy Ashraf dan Eyka Farhana.

Ini merupakan drama pertama Aedy dan Eyka digandingkan sebagai pasangan. Lebih menariknya, Aedy bakal menggalas tugas sebagai seorang ‘young, hot daddy’, menjaga anak perempuannya.

Baca juga: Snoop Dogg & Joe Flizzow Berkolaborasi Nyanyi Lagu Tema JDT FC, Mantap!

GANDINGAN EYKA FARHANA & AEDY ASHRAF DALAM DRAMA TERBARU TV3

Drama Bila Hati Memili Dia mula ditayangkan di TV3 mulai 28 March Slot Samarinda, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam. Selain itu, boleh juga di tonton di iQiyi. 

Mengisahkan tentang Nazriel, seorang bapa tunggal yang telah jatuh cinta dengan pengasuh anaknya, iaitu Adra. Makcik Melur iaitu mak tiri kepada Adra telah memaksa dia untuk untuk menjadi pengasuh kepada anak Nazriel sampaikan Adra terpaksa melupakan cita-citanya untuk melanjutkan pelajaran.

Adra menghadapi kesukaran menjaga anak Nazriel yang hyperactive. Adra kemudiannya menyedari bahawa Nazriel menaruh perasaan terhadapnya. 

BARISAN PELAKON TEMPATAN YANG HEBAT

Selain Aedy Ashraf dan Eyka Farhana, Zila Bakarin, Shima Anuar, Gambit juga merupakan barisan pelakon untuk drama Bila Hati Memilih Dia. Selepas lakonan hebat di dalam drama viral Suamiku Lelaki Pendosa, Gambit kini membintangi drama Bila Hati Memilih Dia.

Kalau anda nak tengok gelagat ‘sweet’ dan romantik antara Aedy dan Eyka sebagai pasangan suami isteri yang muda kena tonton drama ini. Jangan lupa layan drama terbaru Bila Hati Memilih Dia ni tau! Untuk maklumat lanjut, layari laman web iQiyi.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×