Kini Trending

Snoop Dogg & Joe Flizzow Berkolaborasi Nyanyi Lagu Tema JDT FC, Mantap!

19
SHARES

Juara Liga Super Malaysia Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mempunyai lagu tema rasmi yang meriah dipersembahkan oleh ikon hip hop global Snoop Dogg dan penyanyi rap tempatan terkenal Joe Flizzow, berjudul Pioneers.

Dihasilkan oleh penyanyi rap SonaOne, lagu itu diterbitkan dengan kerjasama Universal Music Asia Tenggara dan Def Jam Recordings SEA sebagai sebahagian daripada strategi penjenamaan global JDT FC yang lebih luas.

Baca juga: [VIDEO] Kestabilan Masa Depan Johor Matlamat Utama Barisan Nasional

SNOOP DOGG & JOE FLIZZOW BERKOLABORASI NYANYI LAGU TEMA JDT

Pemilik kelab bola sepak tersebut, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, JDT sentiasa komited untuk memberikan yang terbaik demi kemajuan kelab bola sepak dinaunginya.

“Apabila bercakap tentang kelab JDT, saya dah cakap berulang kali, ini bukan hanya sebuah kelab bola sepak. JDT merupakan sebuah empayar. Saya tidak hanya cipta sebuah kelab bola sepak yang biasa-biasa tetapi mempunyai aspirasi dikenali di peringkat antarabangsa.

“Saya akan buat tidak kira berapa ramai yang tidak percaya tentang projek kami. Ramai orang meramalkan bahawa kelab ini hanya akan bertahan untuk tempoh dua tahun. Hari ini, kami dah berusia 10 tahun dan kami semakin kuat hari demi hari.

“Bina kelab bola sepak perkara yang paling susah adalah untuk mendapatkan hasilnya. Untuk mendapat hasil dan wujud bersama secara komersial, ia sesuatu yang kita tak boleh jangka kemungkinannya.

“Kadang-kadang saya cubit diri saya sendiri apa yang berlaku sekarang adalah sesuatu yang nyata. Sekarang dah jadi satu kelab yang hebat dan semakin bergerak ke hadapan, kami akan terus komited memperkenalkan jenama yang dibangunkan ke serata dunia,” jelas TMJ.

Pioneers nyanyian Snoop dan Joe Flizzow, diterbitkan oleh SonaOne sementelah lirik lagu diilhamkan daripada kesungguhan dan kegigihan JDT dalam menetapkan standard baharu bola sepak di Malaysia serta kejayaan yang dicapai sejak 2013.

Rakaman vokal dirakamkan di Los Angeles, Amerika Syarikat dan Kuala Lumpur manakala proses susunan lagu dan adunan muzik dilakukan di Los Angeles.

Video muzik Pioneers yang dilancarkan pada hari ini dilancarkan dalam semua akaun media sosial rasmi JDT dan saluran YouTube JDT TV. Untuk maklumat lanjut, layari www.johorsoutherntigers.my dan akaun media sosial JDT.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×