Hebahan

Bil Elektrik Tak Sampai? Ini 3 Langkah Mudah Semak Bil Secara Online

221
SHARES

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, pelbagai perkara perlu dihadkan. Ada sesetengah syarikat juga mengehadkan operasi mereka, ini termasuklah Syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB). TNB telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak lagi akan menjalankan operasi pembacaan meter dan mereka juga tidak lagi akan mengeluarkan bil bercetak buat pelanggan mereka bermula 20 Mac 2020 sehingga notis selanjutnya. Selari dengan notis ini, TNB tidak memberi penggunaan percuma kepada anda, tetapi anda perlu memeriksa secara atas talian bil eletrik anda.

Semak Bil Secara Atas Talian

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah anda pergi ke laman web TNB iaitu www.mytnb.com.my

Anda boleh scroll ke bawah dan tekan butang Express Payment untuk semak baki bil eletrik anda. Anda tidak perlu untuk login ke laman web tersebut.

Setelah tekan butang tersebut, ianya akan pergi ke muka seterusnya. Disini anda hanya perlu memasukkan nombor akaun bil anda. Setelah memasukkan nombor akaun anda hanya perlu menekan butang carian di bawah.

Akhir sekali ia akan menunjukkan secara teperinci berkaitan bil eletrik anda. Anda tidak perlu risau lagi kerana disitu juga anda boleh terus melakukan bayaran bulanan bil anda.

Ini adalah peringatan buat semua ketika PKP ini berlangsung. Jangan ambil mudah jika bil anda tidak sampai rumah. Bayar bil eletrik anda sebelum TNB memotong bil eletrik anda. Selamat mencuba!

Sumber : Amira Aznan

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×