Dapur

Ishh…Betul Ke Dalam Pedal Ayam Ada Batu? Ini Penjelasan Pakar

365
SHARES
pedal ayam

Baru-baru ini riuh apabila seorang pengguna di laman Facebook yang terkejut apabila terjumpa serpihan batu ketika membersihkan pedal ayam di dapur. Ketika sibuk mencuci ayam yang baru sahaja dibeli, wanita itu bagaimanapun berasa hairan apabila terjumpa sesuatu yang aneh dalam pedal ayam yang telah dibeli olehnya. Setelah diperiksa, rupanya ia merupakan serpihan batu.

Kurang berpuas hati, wanita itu menyangka bahawa perkara itu merupakan satu taktik yang telah dilakukan oleh peniaga untuk mengenakan harga yang lebih mahal bagi mengaut keuntungan yang lebih. Tapi, tahukah anda bahawa sememangnya di dalam pedal ayam anda akan terjumpa serpihan batu dan pasir? Ini penjelasan pakar.

Baca juga: Kucing Jiran Berak Merata, Pemilik Kucing Boleh Didenda RM1000!

Dalam pedal ayam ada batu?

Mungkin hantaran ini (gambar) dibuat dengan niat bergurau, namun mungkin ada juga yang tak tahu apa fungsi pedal ayam.

pedal ayam

Pedal adalah organ penghadaman, dan fungsinya untuk hancurkan makanan. Ayam perlukan organ ini kerana ia tak kunyah makanan.

Bagi membantu pedal melumatkan makanan, ayam menelan batu-batu kecil, dan ia akan masuk ke dalam pedal dan kekal di situ. Di dalam pedal, batu-batu ini akan berfungsi seperti gigi-gigi yang akan mengisar makanan menjadi ketulan lebih kecil.

BUKAN PERKARA ANEH JUMPA BATU/PASIR DALAM PEDAL AYAM

Jadi, bukanlah perkara yang aneh jika kalian jumpa ketulan batu dan pasir dalam pedal ayam yang dibeli di pasar. Terutamanya ayam kampung.

Selain ayam, haiwan seperti burung, ikan, dan buaya juga mempunyai pedal. Pedal mereka juga kadangkala ada batu di dalamnya. Pernah dengar geliga buaya? Batu geliga yang dikatakan dimuntahkan oleh buaya. Ada orang buat cincin dari batu ini, kononnya ada sakti.

Agak-agak batu geliga itu datang dari mana? Betul! Batu dari pedal buaya, yang kemudian dimuntahkan semula atau keluar bersama tinjanya.

*Dah faham bukan?

Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×