Famili

Program Bersamamu TV3 Setia Sehingga Kini, Jadi Platform Untuk Hulurkan Bantuan

38
SHARES
bersamamu tv3

Siapa sahaja yang tidak mengenali salah satu program Bersamamu TV3 yang memaparkan kisah-kisah inspirasi mengenai bantuan kepada orang ramai bukan? Telah bertapak dalam siaran televisyen dalam tempoh yang lama, program ini masih menjadi pilihan untuk tontonan bersama keluarga dan tabung untuk menghulurkan bantuan pun masih kekal sehingga kini..

Baca juga: Wanita Kongsi Nota Mengaji Arwah Ibu Padat Dengan Doa, Buat Orang Ramai Mengalir Air Mata

TABUNG BERSAMAMU TV3 SETIA SEHINGGA KINI

bersamamu tv3

Program Bersamamu TV3 masih diteruskan dengan harapan dapat menghulurkan bantuan kepada individu yang kurang berkemampuan. Program realiti amal yang disiarkan setiap jam 6.30 petang, hari Ahad di TV3 ini bermatlamat untuk membantu mereka yang memerlukan dan juga menggalakkan masyarakat untuk menyumbang menerusi tabung kemanusiaan Media Prima.

Program ini menjadi medium bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran dan ujian hidup namun masih tabah dan kuat untuk mengharungi setiap liku kehidupan bagi mendapatkan pertolongan.

Bukan itu sahaja, program ini sudah bersiaran hampir 20 tahun dan ia juga merupakan satu usaha yang perlu diteruskan supaya semua masyarakat dapat mendengar, melihat dan menghulurkan pertolongan atau pun bantuan daripada pelbagai bentuk kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Program ini juga merupakan sebuah program usaha sama Syarikat Faiza yang turut prihatin tentang kehidupan masyarakat Malaysia dan sudi untuk berkolaborasi bersama Media Prima dalam meneruskan siaran program ini. Untuk pengetahuan anda, sejak tahun 2005, tahun pertama Syarikat Faiza bekerjasama dalam melancarkan program ini dan masih berganding bahu bersama Media Prima sehingga tahun ini.

bersamamu tv3

Hulurkan Tangan, Ringankan Beban..

Masyarakat yang mahu meringankan beban insan-insan kurang berkemampuan ini boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun ‘Tabung TV3 Bersamamu’ – Bank Muamalat, nombor akaun 14010008845718 atau pun Maybank ‘Media Prima – NSTP Humanitarian Fund’, nombor akaun 514105323170. Segala bantuan akan dihulurkan kepada mereka yang memerlukan.

bersamamu tv3

*Jangan lupa saksikan Tabung Bersamamu, setiap hari Ahad jam 6.30 petang hanya di TV3 atau Strim Sekarang Melalui Tonton.

Baca juga: Usia 30-39 Tahun Ada Waktu Kemuncak Ujian Hidup, Bersiap-Sedialah Untuk Lebih Cekal!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×