40 Minggu

“Kisah Aku Jadi Bidan Terjun Isteri Bersalin Di Rumah..”

339
SHARES
bersalin di rumah

Perasaan gementar, cemas, panik dan takut dirasai seorang suami, Shahril Nizam Mohd Sabrie apabila suami ini kongsi kisah ketika jadi bidan terjun bagi membantu isterinya, Siti Mariani Mior Hasan melahirkan cahaya mata ketiga mereka. Ia selepas isterinya, Siti Mariani, 37, tidak sempat dibawa ke hospital kerana terlebih dulu melahirkan anak atau bersalin di rumah mereka dekat Presint 9,Putrajaya semalam.

Kegusaran Shahril Nizam, 41, itu hilang selepas bayinya yang belum diberi nama selamat dilahirkan pada 3.35 petang.

Baca juga: Boleh Buat Appointment JPN Daftar Kelahiran Kalau Due Date Dah Kurang 2 Bulan

KISAH AKU JADI BIDAN TERJUN ISTERI BERSALIN DI RUMAH

bersalin di rumah

Alhamdulillah hari ni 30 Ogos 2021 jam 3.35 ptg lahir seorang lagi baby boy seberat 3.4kg, EDD sepatutnya esok 31 Ogos 2021 maybe baby nak sambut Hari Merdeka esok nak tengok jet pejuang dan sebagainya. Kebetulan arini BDR@WFH so memang xde kemana la memandangkan wifey Siti Mariani Mior Hasan dah sarat so stanby je la kat rumah lepas setel check up pagi tadi.

Tenghari takde buat apa terlelap la sekejap sementara tunggu customer nak datang COD phone yang aku jual. Pukul 2 lebih macam tu wife dah kejut cakap suruh siap nak pergi hospital sebab dah start rasa sakit sangat maybe dah nak deliver la memandangkan memang due date esok. Tengah siap-siap lepas solat kebetulan pulak customer sampai xpe la cakap setel sekejap la kat bawah blok je pun.

Elok setel COD terus naik nak ambil barag memang nak terus ke hospital la, sampai depan pintu rumah anak-anak dah bgtau mommy nangis dah sakit sangat nak jalan pun tak boleh kot ye la aku bukan tau sakit orang nak bersalin ni macam mana. Nak tak nak cuba la jugak tenangkan dia dulu harap boleh jalan turun la sebab dah stanby kereta kat lobi nak terus gerak ke hospital.

Memang dah tak boleh tahan sakit sangat nak dukung aku pun tak berani pasal tengah sarat ni so decide call ambulan je la. Call 999 diorang sambung ke hospital bagi semua detail operator bagitau ambulan lambt sikit tapi paham la kot sebab sekarang musim pandemik ni. Aku memang ada la jugak marah sikit-sikit sebab lambat sangat dah wife pun dah rasa tak boleh tahan sakit, operator cuma bgtau suruh baring tenangkan dulu depan ruang tamu tu je la baringnya sebab memang dah stanby nak keluar pun masa tu sambil tu dia suruh kangkangkan macam biasa la, tau la sikit kot sebab experience temankan wife bersalin budak 2 ketoi tu sebelum ni. Masa ni dah start berdarah dan meleleh air sikit.

TAK PERCAYA SAMBUT KELAHIRAN TANPA DOKTOR DAN NURSE

Tak lama lepas tu memang wife dah tak tahan sangat aku jerit balik la kat operator tu suruh ambulan cepat sikit dalam hati memang fikir dah nak bersalin la, mujur la lepas bagi detail tadi operator bgtau jangan letak talian dulu incase apa-apa dia cuba guide. Atas lantai tu sekadar lapik dengan tuala je la tiba-tiba tengok macam kepala baby nak terkeluar sebab wife memang dah start meneran masa tu memang aku jerit la lagi kat operator tu tapi dia tenang bagi arahan suruh tunggu sampai la kepala dh terkeluar aku tnya balik tak tau nak buat apa ikutkan nak tarik sebab fikir takut baby lemas tak bunyi langsung. Dah lama sikit teran sekali lagi alhamdulillah Allah SWT permudahkan terus keluar habis, mujur la baby keluar slow-slow sempat la aku sambut terus cuba bukak sikit mulut baby terus baby nangis. Masa ni memang rasa nk nangis rasa macam tak percaya aku sendiri yang sambut kelahiran baby ke-3 ni tanpa doc & nurse cuma mengharapkan bantuan dan tunjuk ajar daripada operator kat talian.

bersalin di rumah

Sumber gambar: SAYS

Dah selesai baby dah keluar habis dia guide suruh balut dulu baby mujur la baby keluar bersih je takde darah sangat pada anggota badan tengok jantina boy lagi, sekadar balut dengan tuala je so takde la kena cuci sangat body baby. Lepas tu operator cuma suruh cari tali untuk tandakan pada tali pusat baby sementara tunggu ambulan sampai sebab uri pun belum keluar masa tu. Tak lama lepas tu baru dengar bunyi ambulan, diorg naik atas terus aku serahkan urusan seterusnya pada nurse untuk potong tali pusat baby dan tunggu uri keluar. Dah setel diorg terus bawak mommy dengan baby naik ambulan pergi hospital untuk pemantauan, menurut wife nurse bgtau kena tinggal hospital dulu sebab kelahiran kat rumah takut ada jangkitan kuman. Moga takde apa-apa la hendaknya.

Tu je la mampu aku ceritakan sikit pengalaman jadi bidan wife sendiri, pada kawan-kawan yang bertnya mohon maaf tak sempat nak reply 1-1. Dah tengah malam budak-budak dah tidur baru ada mood mengarang walaupun kelaut..Alhamdulillah semuanya boy 3 org, harap diorg je la mampu jaga mommy & baba dah tua nti.

Sumber : Shahril Nizam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×