Dapur

Berniaga Selama 20 Tahun, Peniaga Kongsi Resipi Bancuhan Cempedak Yang Rangup & Menjadi!

5
SHARES

Berita baik kepada semua penggemar buah cempedak kerana musim buah cempedak sudah tiba! Haaa, bukan buah durian sahaja tau yang ramai penggemar, malah buah cempedak ini juga banyak penggemarnya. Di tambah pula dengan menu wajib bagi buah cempedak ini ialah apabila ia digoreng. Bukan itu sahaja, buah cempedak masa kini telah pun menerima pelbagai variasi seperti aiskrim dan biskut.

Baca juga: ‘Frust’ Beli Mahal Tapi Dalamnya Seulas Je. Ini 5 Cara Pilih Cempedak Isi Meriah

RAHSIA BANCUHAN CEMPEDAK RANGUP

Lain orang, lain resipi yang menjadi. Haaa itu lah yang dipanggil air tangan! Begitu lah resipi yang telah dikongsikan boleh pengguna media sosial yang dikenali sebagai Yayar B. Awang Noh sekaligus telah berniaga selama 20 tahun.

Tepung bancuhan ini yang keluarga saya buat niaga hampir 20 tahun. Jom makan petang. Bertemankan cempedak goreng. Untuk cempedak bancuh kasi pekat sedikit dari pisang

(RESIPI UNTUK 2 SIKAT PISANG) CEMPEDAK SEBIJIK

Resipi tepung pisang @ cempedak:

  • Tepung beras 2 cawan(apa2 cap)
  • Tepung gandum suku cawan
  • Serbuk kunyit setengah sudu
  • Kapur makan secubit
  • Gula sesudu besar
  • Garam sesudu
  • Telur ayam atau itik sebijik
  • Kalau nak sedap boleh tambah kelapa parut dan bijan

Sumber: Facebook Yayar B. Awang Noh 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×