Asuh

Berat Anak Susah Naik? Ibu Bapa Jangan Risau, Cuma Perlu Ikuti Tips Ini!

388
SHARES

Anak-anak susah atau tidak mahu makan adalah perkara biasa yang dialami oleh ibu bapa di luar sana. Perkara ini secara langsung membimbangkan ibu bapa kerana risau kesihatan anak mungkin terjejas. Perlu diingatkan bahawa pemakanan yang sihat untuk pembesaran anak-anak adalah sangat penting. Terdapat pelbagai makanan yang dapat membantu menambah kalori atau berat badan anak-anak seperti kekacang dan avokado. Justeru, ibu bapa perlu peka apabila badan anak-anak susah untuk naik apabila tiba umur yang sesuai.

Melalui perkongsian di laman Facebook milik Puan Hairin Anisa Tajudin, beliau berkongsi sedikit tips untuk diamalkan apabila mengalami masalah anak-anak susah naik berat badan. Jom kita baca dengan lebih mendalam.

thetyee.ca

thetyee.ca

Assalam & selamat pagi sahabat2 FB. 

Saya nak tekankan di sini tentang masalah kanak2 yg susah nak naik berat.
Ada beberapa ibu bapa yg pm saya ttg soalan ini.
Mmg bila kita pg KK utk check up & dapati graf berat anak tu tak naik secukupnya, pasti kena bebel bukan?
Sebenarnya tubuh manusia ni berbeza beza, ada yg tinggi & ada yg rendah kadar metabolisme (dlm keadaan biasa). Klu ada penyakit, kadar metabolisme pun akan meningkat. Utk kanak2, bila berat susah nak naik drpd lahir, perlu check semua sistem yg penting macam jantung, paru2 dll (thorough check up) sbb saya selalu jumpa kes masalah penyakit jantung (late diagnosis). Klu detect cepat, boleh refer cepat kpd paeds cardiology.
Ok, klu anak yg dah besar baru ada masalah kenaikan berat badan, perlu dilihat cara pemakanan. Masalahnya apabila selepas 6 bulan, anak tidak lagi bergantung kpd susu semata2. Mereka perlu makan utk mendapat kalori yg cukup utk mencukupkan keperluan tenaga yg semakin bertambah dan kadar metabolisme yg tinggi (tumbesaran dan aktiviti yg semakin lasak).

Kekeliruan mengenai susu anak

Sesetengah doktor & jururawat mengambil jalan singkat dgn menyuruh ibu memberhentikan/ mengurangkan pemberian susu badan dan memberikan susu FM. Ada juga yg menyarankan utk menukar jenama susu (A kpd Z) & ada yg menukar kpd susu yg high calorie .
Bila berikan susu yg berkalori tinggi, ia sebenarnya akan menambah masalah di mana anak akan bergantung kpd susu tersebut tanpa berasa lapar. Anak akan kurang selera makan & tak nak makan. Klu makan pun sikit sangat. Sedangkan makanan amat penting utk mendapatkan sumber kalori dan semua zat yg asli & lebih tinggi kadar penyerapannya.
Spt yg kita tahu susu FM mempunyai digestion period yg lama berbanding susu ibu atau fresh milk jadi anak kenyang lebih lama. Malah, segala zat nutrien yg ada semuanya diekstrak dlm makmal dan diproses semula utk ditambah kpd bancuhan susu yg dah dijadikan tepung….tambahan corn syrup dll lagi sumber sukrosa yg pastinya sumber zatnya tidak asli. Klu anak jadi terlalu hyperaktif jangan marah anak ye…kesian, mereka tak bersalah. Siapa yg salah sebenarnya?

So, klu anak tak naik berat…after 1 year old, please jangan cepat2 nak beralih kpd susu FM, perlu menambah makanan mereka dan teruskan BF. Kpd yg beri susu FM…tukar kpd fresh milk. Bila mereka cepat rasa lapar, nanti mereka akan demand makanan lebih banyak. Hanya makanan *meal* yg balance yg akan buat berat anak naik. Bukan dgn menukar susu ye.
Menu meal utk anak 1 tahun ke atas sama dgn makanan kita orang dewasa. Saya kesian kpd anak2 yg ada parents yg berikan anak makan bubur mcm baby lagi after 1 year old. Kesian anak tu. Beri aje mereka makan apa yg kita makan, tapi lenyek2 lah mknn tu spy ia lembik sikit setiap kali suap mereka. Buah & sayur sangat penting utk sumber fiber spy mereka tidak sembelit. Air masak sangat penting spy najis tidak keras. Asasnya ; Makan dulu (tetap waktu) & susu sbg snack aje…bila perlu. Makanan mesti balance.
Then bila sudah amalkan cara sihat ini, klu badan anak kelihatan kurus, carta masih dlm kategori normal, pastikan anak mmg aktif dan tiada penyakit lain. Jika anak sihat, belajar pandai, suka explore the world, IQ tinggi…then dont worry….be happy. Wasalam.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu ibu bapa di luar sana mengenai kesihatan dan pemakanan anak-anak supaya tidak tersalah maklumat. Maklumlah, sekarang makin banyak pendapat dan informasi yang bercanggah, khuatir anda akan keliru.

Sumber Facebook : Hairin Anisa Tajudin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×