Famili

Belanjawan 2019 : Faedah Skim e-Kasih, Bantuan Isi Rumah Jadi Tumpuan Famili

75
SHARES

Bajet 2019 telah dibentangkan buat julung kalinya oleh pucuk kepimpinan baharu iaitu Pakatan Harapan. Bajet yang telah dibentangkan di Dewan Parlimen dan kali ini mempunyai sedikit kelainan apabila bukan dibentangkan oleh Perdana Menteri, malah diambil alih oleh menteri kewangan iaitu Lim Guan Eng.

Bertemakan ‘Malaysia Wibawa Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ , antara yang menarik perhatian  dalam belanjawan terkini adalah isu yang berkaitan hal kekeluargaan dan menaikkan taraf golongan miskin. Salah satunya adalah berkaitan Skim e-Kasih  dimana subsidi bil elektrik bulanan hanya dikhususkan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan program e-Kasih.

Sistem eKasih merupakan sistem pengkalan data keluarga yang berada di paras kemiskinan negara. Selain itu, bagi surirumah juga jangan lupa untuk mendaftar di laman portal i-Suri untuk menerima sumbangan kerajaan berjumapah RM40 sebulan atau RM 480 setahun tertakluk kepada bayaran caruman minimun RM5.

Anda boleh membuat permohonan e-kasih di sini : http://www.ekasih.gov.my/

ANTARA INTIPATI BAJET YANG MENDAPAT PERHATIAN

1. Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000.

2. Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM750.

3. Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan berjumlah RM500.

4. Meneruskan program saringan percuma pengesanan kanser payudara (mamogram), program vaksinasi HPV dan ujian saringan Pap Smear di hospital dan klinik Kerajaan dengan peruntukan sebanyak RM20 juta.

5. Menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi rawatan penyakit jarang jumpa, rawatan virus Hepatitis C, program menangani masalah pertumbuhan bantut di kalangan kanak-kanak, menyediakan saringan dan peluasan rawatan haemodialisis serta Enhanced Primary Healthcare (EnPHC).

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×