Advertorial

“Amin Nak Kasut Baru” – Lihat Apa Ayah Ini Buat Untuk Penuhi Permintaan Anaknya

726
SHARES

Apa anda akan lakukan jika ada perkara yang menghalang anak anda untuk mencapai cita-citanya? Sebagai contoh, anak anda suka memasak tapi bahan masakan di rumah tidak cukup. Pastinya anda sebagai ibu bapa akan cuba sedaya upaya melengkapkan keperluan supaya anak puas meneroka bakatnya kan?

Sama seperti video yang kami temui viral di laman sosial baru-baru ini, mengisahkan seorang bapa, Mohamad Yusof yang cuba sedaya upaya memenuhi permintaan anaknya, Amin untuk memiliki kasut bola baru. Pada awalnya beliau tahu ia agak sukar tapi sekurang-kurangnya beliau berusaha untuk menggembirakan hati anaknya…

Lihat apa yang dilakukan beliau … Sediakan tisu ya!

Tinggalkan sekeping nota dengan kata-kata semangat

Semua orang ada bakat tersendiri, sama seperti Amin yang berkebolehan dalam sukan bola sepak. Dalam keseronokan menggapai cita-cita, kasut bolanya yang makin lusuh menjadi halangan. Ada suatu ketika, jaringan penaltinya tersasar kerana kasut itu…

Frust teruk Amin dibuatnya sehingga semua piala kemenangannya dibuang…

Tapi, bapanya memang bijak mengambil hati dengan tidak putus memberi semangat untuk anaknya supaya terus berkecimpung dalam sukan bola sepak. Bapa mana yang sanggup tengok anak bersedih kan? Biarpun hanya sekeping nota penuh makna ditinggalkan, cukup untuk membuat Amin tersenyum semula. Sweetkan ayah Amin?

Tampalkan kasut untuk sementara

Oleh kerana kasut Amin sudah lusuh teruk, ayahnya mengambil inisiatif untuk menampal kasut anaknya dengan pita pelekat supaya Amin boleh terus bermain. Walaupun tidak mampu bertahan lama, jadilah asalkan boleh guna kan?

Haa, saat itu jelas terpancar wajah kegembiraan seorang anak apabila ayahnya tidak putus memberikan bantuan dalam menaikkan semula semangatnya bermain bola sepak. Beruntung betul jadi Amin kan? Tapi, mampu ke kasut dengan pita pelekat bertahan lama? Adakah ayah Amin akan belikan Amin kasut bola baru?

Nak tengok apa lagi yang ayah Amin lakukan dalam memenuhi permintaan anaknya?

Semuanya ada dalam video penuh di atas…

Capai sebuah impian dengan bantuan BR1M

Bila keinginan melebihi segalanya, tiada apa yang dapat menghentikannya. Seperti yang anda dapat lihat, impian ayah Amin mampu dicapai dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), begitu juga dengan anda di luar sana. Ada di antara anda yang masih belum tahu apa itu BR1M?

BR1M adalah inisiatif kerajaan dalam usaha untuk meringankan beban kumpulan berpendapatan rendah di Malaysia. Sejak diperkenalkan pada tahun 2012, sudah banyak wang diagihkan kepada lebih 5.2 juta isi rumah yang mewakili 80% isi rumah penduduk Malaysia dengan jumlah mengikut kategori tertentu. Banyakkan?

Siapa antara yang layak menerima BR1M dan berapa jumlah yang diperuntukkan?

Ada beberapa kategori dan jumlah bantuan diperuntukkan mengikut kelayakan, semuanya mengikut jumlah pendapatan bulanan anda juga. Rujuk butiran di bawah untuk penjelasan lebih jelas…

Kategori 1
Individu
berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah
Feb – RM450

Kategori 2
Isi rumah 
berpendapatan bulanan RM3,001 – RM4,000
Feb – RM300
Jun – RM300
Ogos – RM300

Kategori 3
Isi rumah 
berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah
Feb – RM400
Jun – RM400
Ogos – RM400

Anda boleh semak status permohonan BR1M anda secara online di www.ebr1m.hasil.gov.my

“BR1M telah menyalakan pelbagai impian sejak dilancarkan. Dan akan terus menyalakan impian 7 juta rakyat Malaysia”

Jumlah BR1M bakal dinaikkan dan kategori penerima akan ditambah – Perdana Menteri

Berita baik untuk anda! Jika anda ada menonton pembentangan manifesto Barisan Nasional (BN) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini, beliau ada menyentuh topik BR1M. Selain jumlah yang kami kongsi di atas tadi, penambahan jumlah dan kategori akan dibuat jika BN menang PRU-14 kali ini. Wah!

Beliau berkata, janji itu boleh dipenuhi kerana ekonomi negara semakin kukuh akibat pelbagai faktor selain kesan peningkatan hasil kutipan GST. Bagusnya! Berapa jumlah dan apa kategori yang ditambah ya?

  • Kadar BR1M untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM2,000. Mereka akan terima pada Jun dan Ogos yang masing-masing akan digandakan dari RM400 kepada RM800.
  • Isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah akan menerima BR1M berjumlah RM1,500 berbanding RM900 ketika ini. Mereka yang akan menerima pada Jun dan Ogos ini pula akan digandakan daripada RM300 kepada RM600.
  • Bagi bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah, kadar BR1M akan ditambah RM150 kepada RM600 berbanding RM450 ketika ini.
  • Kerajaan juga bercadang menambah satu lagi kategori baru untuk isi rumah berpendapatan RM4,000 hingga RM5,000 yang akan mendapat RM700. Bayaran akan dibuat sebanyak 2 kali, iaitu pada Jun dan Ogos.
  • Manakala RM1,500 akan diberi kepada anak penerima BR1M yang menyambung pelajaran ke pengajian tinggi.

Banyakkan? Seronok tak?

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Rakyat 1 Malaysia dan pelbagai lagi inisiatif kerajaan untuk rakyat Malaysia, layari laman web Better Nation. Jangan lupa follow laman sosial Facebook, Twitter, Instagram & YouTube Better Nation juga ya. Sama-sama kita membina kehidupan bermakna!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×