Rakyat

Bazar Ramadan 2022 Dibenarkan Beroperasi Di Wilayah Persekutuan

31
SHARES

Bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dibenarkan beroperasi pada tahun ini dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) sedia ada. Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim, lesen bagi pengoperasian bazar Ramadan tersebut akan diberikan kepada peniaga.

Baca juga: PM Tegaskan Tiada Lagi Sekatan Pergerakan Rakyat

BAZAR RAMADAN 2022 DIBENARKAN BEROPERASI DI WILAYAH PERSEKUTUAN

bazar ramadan 2022

Menurut laporan Kosmo, beliau menyifatkan peluang berniaga di bazar Ramadan memang wajar diberikan kepada peniaga lebih-lebih lagi untuk membantu mereka ketika pasca Covid-19 ini.

“Kita akan membuka seluas-luasnya kepada mereka yang ingin berniaga untuk mengelakkan daripada dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab menjual lesen. Kalau kita beri lesen, mereka kena berniaga dan tak boleh orang lain yang berniaga,” jelasnya.

bazar ramadan 2022

Bimbang dengan peningkatan kes COVID-19, Shahidan berkata Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) turut memantau rapi perkembangan itu dan menasihatkan orang ramai agar tidak berkunjung ke tempat tumpuan umum bagi mengekang penularan wabak tersebut.

“Aktiviti perniagaan akan terus berjalan, namun perjumpaan dalam skala besar perlu dielakkan,” katanya.

Pengoperasian Bazar Ramadan pada tahun lepas di semua Wilayah Persekutuan juga dibenarkan dengan pematuhan SOP ketat seperti kawalan keluar masuk pengunjung dan penjarakan fizikal.

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×