Famili

Bayi Usia 7 Minggu Maut Digoncang Oleh Penjaga Taska Kerana Menangis

28
SHARES

Seorang wanita di Illinois, Amerika Syarikat (AS) didakwa menggoncang tubuh seorang bayi berusia tujuh minggu sehingga meninggal dunia kerana enggan berhenti menangis, lapor Metro UK kelmarin.

Suspek Taylor Burris, 24, dilaporkan menunggu lebih tiga jam sebelum meminta bantuan, di mana jenayah itu berlaku kira-kira jam 10.40 pagi hari yang sama.

Baca juga: Ibu Muda Maut Ketika Keluarkan Baju Dari Mesin Basuh Sedang Berputar

BAYI USIA 7 MINGGU MAUT DIGONCANG OLEH PENJAGA TASKA KERANA MENANGIS

Pekerja taska Taylor Burris (kanan) ditahan hampir sebulan selepas bayi Maren Gallagher (tengah) didakwa digoncang dan meninggal dunia. – MetroUK

Difahamkan, suspek membuat carian Google sewaktu mangsa, Maren Gallagher, sedang bertarung nyawa di hospital akibat trauma di kepala.

Pihak polis, Sarjan Roger Pope berkata,

“Suspek mengakui bahawa dia membuat pencarian di “Google” mengenai ‘sindrom goncang bayi’ pada petang ketika Maren berada di hospital dan sedang terbaring nazak,” katanya.

Burris kemudian memaklumkan kepada pihak polis, kecederaan itu berpunca daripada terkena bola lisut di pusat jagaan yang menyebabkan bayi itu menangis.

Sekadar gambar hiasan.

Bagaimanapun, menerusi soal siasat kali kedua pada Selasa, suspek mengakui bahawa badan mangsa digoncangnya kerana bayi itu yang enggan berhenti menangis.

Pihak berkuasa memaklumkan, Burris menghubungi talian kecemasan pada 2.05 petang (17 Mei) dan melaporkan seorang bayi yang tidak memberi respon di pusat jagaan harian di Forsyth, Illinois, demikian menurut afidavit yang diperoleh oleh akhbar Herald & Review.

Kini, suspek ditahan di penjara Macon County dan mahkamah menetapkan perbicaraan seterusnya pada 15 Julai depan.

Sumber: Metro UK

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×