Advertorial

Bayar Dengan GrabPay Di Kedai Terpilih Ini & Terus Dapat Rebat 20% Dalam Akaun. Jom Try?

6.8K
SHARES

Alamak dompet tertinggal dalam kereta pulak, macam mana nak bayar makan ni?

Anda pernah berdepan situasi seperti ini? Lagi-lagi bila kawan dah tinggal pergi makan, kita pulak baru terkial-kial nak turun. Semua benda tertinggal!

Jangan risau, jom kita guna alternatif lain bagi pembayaran di kaunter iaitu dengan menggunakan e-wallet dalam Grab iaitu GrabPay. Jika anda tidak tahu, GrabPay kini sedang meluaskan cara pembayaran e-wallet mereka ke seluruh Malaysia tau!

Dengan GrabPay, transaksi pembayaran anda bukan saja mudah, malah akan dapat rebat terus ke dalam akaun jika buat pembayaran di kedai yang admin senaraikan di bawah ini!

Terus dapat rebat 20% ke dalam akaun GrabPay

Terbaru, GrabPay akan memberikan rebat sebanyak 20% terus ke dalam akaun sekiranya anda membuat pembayaran dengan GrabPay di kedai-kedai yang mengambil bahagian sepanjang tempoh kempen berlangsung dari 4 Jun hingga 3 September depan.

Tak susah pun, anda hanya perlu:-

  1. Pastikan baki dalam akaun GrabPay anda cukup
  2. Scan kod QR di kedai yang mengambil bahagian dalam kempen ini dengan aplikasi GrabPay bila nak buat pembayaran
  3. Secara automatik rebat sebanyak 20% akan terus masuk ke dalam akaun. Semudah itu!

Jangan risau, GrabPay tidak menetapkan sebarang perbelanjaan minimum untuk melayakkan anda menerima rebat 20%. Namun, maksimum rebat yang bakal anda dapat adalah RM15. Ingin tahu kedai mana yang mengambil bahagian?

Buat pembayaran dengan GrabPay di Don’s Burger, LAVA KK Burger Bakar & 13 lagi kedai popular ini

Macam admin katakan tadi, rebat sebanyak 20% hanya akan diberikan jika anda membuat pembayaran menggunakan GrabPay di kedai-kedai terpilih. Kat mana je anda boleh dapat rebat tu?

Haa, anda boleh dapatkan rebat di kedai yang mengambil bahagian seperti kafe, restoran, salun rambut, pusat pemutih gigi hinggalah pusat rawatan muka di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak. Antaranya…


Di Don’s Burger, anda boleh rasai keenakan sebenar daging burger yang dibuat sendiri oleh tukang masak berpengalaman. Antara yang admin cadangkan Don’s Cheese, 240 Monyeng dan Monster Madness Fries. Cubalah, kerana ia sangat popular di kalangan pelanggannya.

Terletak di Jalan Pujut 9B, Miri, Sarawak, Don’s Burger menawarkan juadah ala Barat pada harga berpatutan bermula RM6 hingga RM19. Murah kan?


Lava KK Burger Bakar yang terletak di Marketplace Austral, Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah ini popular dengan hidangan talam combo yang menggabungkan Classic lokkal burger, BB burger, Spaghetti, Meatball, Grill chicken, Lamb chop, Chicken chop, Fish n chip dan Cheesy fries!

Bukan itu saja, dengan pembelian talam combo ini, anda akan mendapat satu jag teh lemon ais. Boleh kongsi dengan kawan-kawan kan? Dibuka dari 11 pagi hingga 11 malam. Pastikan anda menghubungi 011-31401404 sebelum datang ditakuti tiada tempat duduk!

Bagi anda yang gemarkan rasa masakan Thailand, boleh berkunjung ke Tuk Tuk Thai Boat Noodle yang terletak di Miri, Sarawak ini.

Popular dengan menu seperti mini Thai Boat Noodle pada harga serendah RM1.90, anda boleh pilih dari 4 jenis sup seperti Laksa, Pak Lo, Boat atau Tomyam lalu ditambah cebisan ayam, daging, mi telur (Bak Mee Reang) atau Kuetiau (Sen Lek).

Selain Don’s Burger, LAVA KK Burger Bakar dan Tuk Tuk Thai Boat Noodle, sebenarnya ada baaanyak lagi kedai yang menawarkan rebat 20% sekiranya anda membuat pembayaran dengan GrabPay tau! Contohnya seperti…

Tunggu apa lagi? Tambah nilai akaun GrabPay anda dan buat pembayaran lebih mudah dengan GrabPay di kedai-kedai terpilih yang admin kongsikan tadi. Kalau anda rasa 15 kedai tu tak cukup, sebenarnya ada lebih 100 lagi kedai yang mengambil bahagian dalam kempen rebat 20% dari GrabPay ni tau…

Untuk mengetahui lebih banyak kedai yang mengambil bahagian serta terma dan syarat kempen rebat 20% dari GrabPay ini, layari laman web GrabPay.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×