Famili

7 Makanan Wajib Bawa Untuk Anak Masuk Asrama/Kolej, Tak Perlu Ikat Perut Lagi!

29
SHARES
barang keperluan asrama

Menyediakan barang keperluan asrama untuk anak-anak tidak kira, universiti atau kolej memerlukan perancangan yang teliti terutama sekali dalam hal makanan. Ini kerana, ada waktunya anak-anak akan berjaga lewat bagi menelaah pelajaran atau kekurangan bajet.

Jadi, persediaan dari segi makanan ini adalah penting supaya anak-anak tidak ikat perut dan mengganggu pembelajaran. Tak perlu makanan yang susah-susah, beli 7 jenis pilihan di bawah ini saja!

Baca juga: Ada Impian Nak Jadi Cikgu? Ini 9 Pilihan ‘Laluan’ Kena Tempuh Supaya Berjaya!

7 JENIS MAKANAN WAJIB MASUK DALAM LIST BARANG KEPERLUAN ASRAMA

1.Makanan dalam tin

barang keperluan asrama

Makanan dalam tin seperti sardin dan tuna merupakan makanan yang wajib dibawa ke kolej atau asrama. Untuk satu tin, biasanya akan ada 3 ketul ikan sardin dan boleh dimakan seharian. Bukan sahaja boleh dijadikan lauk nasi dengan segera, malah boleh juga digandikan bersama roti.

2.Mi segera

barang keperluan asrama

Mi segera merupakan pilihan makanan paling mudah yang anda boleh siapkan untuk anak-anak masuk asrama kolej. Hanya tuangkan air panas dan tunggu beberapa minit, bukan sahaja enak malah makanan ini turut mengenyangkan. Tapi, jangan diamalkan selalu ya.

3.Pelbagai jenis pilihan biskut/makanan ringan

Buat penggemar biskut, pastikan bawa stok pelbagai jenis pilihan biskut untuk dikunyah pada waktu malam sambil menelaah pelajaran. Bukan itu sahaja, biskut ini boleh dijamah sebagai sarapan sebelum masuk ke kelas.

4.Bijirin 3in1

Bijirin seperti minuman oat 3 dalam 1 memang wajib dijadikan sebagai stok ketika lapar. Mengenyangkan dan mudah untuk dibancuh, minuman bijirin 3in1 ini juga sedap!

5.Telur

Buat pelajar yang terhad dalam penggunaan barang elektrik, membawa telur ke asrama penginapan tidak sepatutnya menjadi masalah. Ini kerana, anda boleh rebus telur menggunakan kettle air sahaja dan boleh menikmatinya pada bila-bila masa anda lapar.

6.Jenis buah yang tahan lama

Antara jenis buah yang tahan lama dan boleh disimpan dalam suhu bilik adalah epal dan pisang. Bukan sahaja membekalkan nutrisi yang banyak kepada badan dan otak, buah ini sangat mengenyangkan perut!

7.Makanan kering

Bukan nak pergi ke luar negara sahaja boleh bawa makanan kering ini ya, malah anda boleh bekalkan juga untuk masuk asrama kolej. Beberapa pilihan makanan kering tersebut adalah sambal ikan bilis, sambal sotong kering, daging dendeng dan boleh dimakan juga bersama roti.

*Untuk mak ayah yang tengah mencari barang keperluan anak-anak masuk asrama kolej, jangan lupa sediakan sekali barang makanan ini ya.

Baca juga: Patutlah ‘Tak Laku’ Diambil Bekerja, Rupanya 38 Program Akademik Universiti Ini Dah Tak Relevan

Sumber: Beautiful Nara

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×