Bersalin

Bakal Menyambut Zuriat Pertama? 5 Topik Hangat Para Ibu Ini Pasti Buat Anda Dilema!

47.6K
reads

Untuk setiap pasangan yang baru mendirikan rumahtangga sememangnya menginginkan pelengkap hidup untuk mereka iaitu Cahaya Mata. Perkara ini yang sering dinantikan oleh para wanita di luar sana.

Bagi mereka, moment ketika mengandung selama 9 bulan itu memang sukar dilupakan oleh semua wanita terutama yang baru pertama kali merasainya. Banyak perkara pahit dan manis yang akan ditempuhi oleh ibu-ibu mengandung sebenarnya.

Namun, kekuatan dan ketabahan mereka yang akan mengatasi segalanya. Banyak perkara yang perlu dipelajari oleh wanita yang pertama kali mengandung, masih banyak juga perkara yang membuatkan mereka keliru tentang apa yang patut dan tidak patut dilakukan semasa mengandung.

Untuk para ibu yang baru pertama kali mengandung, mesti banyak perkara yang perlu anda tanya kepada rakan-rakan, ibu atau ibu mertua tentang tips untuk menjaga kandungan dengan baik. Betul tak? Ha, ini antara topik hangat yang sering menjadi perbualan mereka.

1. Cara untuk mengelakkan risiko keguguran pada trimester pertama

Harus diingatkan bahawa para ibu yang sedang hamil harus berjumpa doktor dalam tempoh yang ditetapkan untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan bayi dalam kandungan seperti saiz bayi, pergerakkan, keadaan jantung dan sebagainya. Ini juga bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku pada kandungan anda seawal trimester pertama.

2. Perbezaan antara susu ibu dan susu formula

Oh ya, ramai yang masih tidak tahu tentang perbezaan di antara susu ibu dan juga susu formula. Mesti anda semua terfikir kenapa bila bayi yang minum susu ibu lebih cepat lapar berbanding dengan susu formula. Ha, ini kerana susu ibu lebih cepat dihadam dan akan membuatkan bayi cepat lapar. Susu ibu juga membuatkan usus bayi lebih sihat.

Manakala susu formula pula ianya lebih pekat, lemak dan berkrim berbanding dengan susu ibu. Sebab itu bagi ibu-ibu di luar sana, mereka lebih merasai bahawa susu formula lebih menyenangkan mereka dan bayi mereka juga akan mudah kenyang.

3. Pemilihan nama bayi sebelum dilahirkan. Ini perkara yang sering dibincangkan oleh ibu-ibu dan juga si suami

Perkara yang sangat dinantikan adalah kelahiran bayi anda selepas 9 bulan dalam kandungan si ibu. Tapi apa yang penting adalah pemilihan nama yang baik untuk mereka. Nama yang dipilih haruslah mempunyai maksud yang baik dan indah. Jangan pulak letak nama selebriti antarabangsa kegemaran korang tanpa tahu maksud disebalik nama itu. Hehe dan jangan panjang sangat, nanti susah orang nak ingat.

4. Ibu yang berkerja VS ibu yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Mana paling challenging?

Perkara ini juga sering dibincangkan oleh para ibu yang bekerja dan juga suri rumah sepanjang masa. Bagi admin, ibu yang bekerja akan mendapat masa yang sangat minimum untuk diluangkan bersama anak-anak. Ini berlaku kerana mereka sibuk bekerja bermula seawal 7:30 pagi sehingga 6 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad. Itu belum kira OT (bekerja lebih waktu) lagi.

Untuk ibu-ibu yang menjadi suri rumah sepanjang masa pula, mereka boleh meluangkan masa semaksimum yang mungkin dengan anak-anak mereka kerana mereka hanya akan berada di rumah untuk mengikuti perkembangan anak-anak mereka. Kesimpulannya, untuk ibu yang bekerja dan ibu yang menjadi suri rumah mempunyai kelebihan mereka tersendiri.

5. Pemilihan takaful yang terbaik untuk anak-anak anda. Sangat penting ya!

Perkara ini sering dibicarakan oleh ibu bapa di luar sana yang mementingkan yang terbaik buat anak masing-masing. Pelbagai jenis cara untuk kita tunjukkan kasih sayang terhadap anak-anak, bermula dari menunaikan segala janji yang dibuat, ambil masa untuk berbual dengan mereka selepas seharian bekerja, sokong apa yang mereka suka untuk lakukan dan termasuklah beli takaful yang terbaik untuk masa depan mereka.

Jadi, pelan takaful mana yang menjadi pilihan anda? Pilih yang terbaik tau!

Zaman sekarang ni memang setiap individu akan memerlukan Takaful sebab kita tak tahu tentang hari buruk yang bakal mendatang. Sebab tu lah kena sediakan payung sebelum hujan, betul tak? Dengan pengambilan takaful, masa depan anak-anak anda akan lebih terjamin.

Kini dengan pelan terbaru dari AIA Public Takaful iaitu A-Life Joy-i.

Untuk kesemua kategori yang ditawarkan, ianya boleh dibeli seawal 14 minggu kehamilan (biasanya memerlukan sekurang-kurangnya 18 minggu). Oh, kalau korang nak tahu, AIA Public Takaful adalah Takaful PERTAMA di Malaysia yang menyediakan perlindungan untuk Autisme dan ADHD. Ia juga menyediakan perlindungan untuk 32 kes-kes bagi Penyakit Kritikal Juvana (30% daripada jumlah perlindungan).

Kanak-kanak akan dilindungi sehingga berumur 18 tahun. Selepas tempoh itu, kadar perlindungan akan meningkat sehingga 2 kali ganda. Jika anak-anak ingin menyambung pelajaran, mereka juga bakal mendapat dana pembelajaran. Ini adalah bagi memastikan masa depan mereka terjamin.

Perlindungan untuk anak-anak memang penting. Ibu pun perlukannya juga. Betul tak?

A-Life Lady360-i direka untuk memberikan perlindungan komprehensif bagi wanita sehingga umur 80 tahun. Pelan ini bukan sahaja memberi anda faedah Takaful, ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri pertama di pasaran yang direka khas untuk wanita.

Takaful ini memberi anda ganjaran tunai bagi peristiwa-peristiwa berikut:

  •  Perkahwinan – Bayaran 3% daripada amaun perlindungan anda.
  • Kelahiran Anak – Bayaran 3% daripada amaun perlindungan anda.
  • Usia Emas (pada umur 55 tahun) – Bayaran sehingga 12% daripada amaun perlindungan anda.

Untuk maklumat yang lebih lagi tentang pelan yang disediakan, anda boleh berjumpa dengan life planner AIA sendiri. Mereka akan memberikan anda keterangan yang lebih mendalam tentang produk yang disediakan untuk ibu serta anak.

Special feature tentang A-Life Lady360-i adalah jika anda (para ibu) adalah salah seorang daripada pemegang polisi A-Life Lady360-i, anda boleh membeli A-Life Joy-i dan nikmati keistimewaan dengan mendapatkan perlindungan untuk bayi anda tanpa pengunderaitan medical.

Boleh  klik di link ini untuk maklumat lanjut!

Yang Popular

To Top