Didik

Baju Penuh Lukisan & Jadi ‘Pameran Seni Bergerak’, Telatah Guru Ini Cuit Hati Orang Ramai

199
SHARES

Mendidik anak-anak generasi baharu ternyata bukanlah mudah. Ini tanggungjawab yang perlu digalas oleh tenaga pengajar di sekolah dan muncul dengan idea-idea baharu untuk menarik minat anak-anak supaya suka belajar. Baru-baru ini juga viral dalam media sosial mengenai seorang guru bernama Fazri Hassan yang merupakan guru dalam Program Pendidikan Khas Integrasi Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Gas, Sandakan, Sabah mengenai teknik mengajarnya.

Apa yang telah dibuat oleh guru ini?

PENUH BAJU DENGAN LUKISAN WARNA-WARNI

Berkonsepkan ‘pameran seni bergerak’, guru ini berjalan mengelilingi sekitar kawasan sekolah dengan memakai baju yang telah penuh dengan lukisan warna-warni hasil tangan anak muridnya.

Lukisan berwarna-warni ini dihasilkan oleh murid-murid pendidikan khas yang berumur dalam lingkungan 8 – 10 tahun. Memang comel!

HASILNYA…

Perkongsian gambar yang telah dimuatnaik olehnya sendiri di lama Twitter mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata orang memuji teknik mengajarnya yang kreatif tersebut.

*Ada cikgu di luar sana yang nak cuba teknik macam ini tak?

Sumber : Fazri Hassan

Most Popular

To Top