Asuh

Jangan Pandang Remeh, Ini 7 Bahaya Bila Anak Terlalu Montel

321
SHARES

“Eee geramnya tengok anak ko ni. Gebu gebas pipi dia. Rasa nak gigit-gigit je!”

Tersenyumlah mak ayah bila anak masing-masing dipuji comel. Namun begitu, ibu bapa seharusnya menyedari betapa pentingnya peranan mereka dalam memantau berat badan anak-anak.

Lazimnya anak yang montel ini memiliki berat badan yang melebihi tahap normal dan ia bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan, sebaliknya harus dipantau dengan serius.

Menurut Nutrition Society Malaysia, kajian di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Selangor pada tahun 2010 mendapati bahawa 14.5% (1 dalam 7) kanak-kanak berusia 1-3 tahun dan 16.6% (1 dalam 6) kanak-kanak berusia 4-6 tahun adalah berlebihan berat badan.

Malah, Portal MyHealth juga telah melaporkan bahawa masalah gemuk di kalangan kanak-kanak dan remaja di Malaysia semakin meningkat dan telah mencapai 30%.

7 Bahaya Berat Badan Berlebihan Di Kalangan Kanak-kanak

Sekiranya ibu bapa memandang ringan terhadap isu ini, ketahuilah bahawa anda telah mendedahkan anak-anak kepada risiko ini:

1. Risiko Diabetes Mellitus (Type 2)

Tahukah anda, penyakit diabetes atau kencing manis bukan hanya boleh menyerang orang dewasa. Malahan, kanak-kanak berusia seawal 8 tahun boleh mendapat penyakit ini!

Foto Kredit: diabetes2types.com

2. Masalah Jantung & Hati

Masalah jantung seperti tekanan darah tinggi boleh berlaku akibat bertambahnya tekanan darah berikutan peningkatan berat badan yang berlebihan. Keadaan ini akan membebankan jantung dan seterusnya membawa kerosakan kepada jantung.

Selain itu, masalah hati berlemak (‘fatty liver disease) pula sering berlaku di kalangan kanak-kanak obes dan boleh membawa kepada kegagalan fungsi hati (liver failure).

Foto Kredit: csn.org

3. ‘Sleep Apnea’

Sleep apnea adalah masalah rongga pernafasan tersekat yang berlaku akibat kekurangan oksigen semasa tidur. Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini mempunyai tidur yang tidak sempurna dan sering berdengkur semasa tidur.

Walaupun nampak seperti tidak berbahaya, sebenarnya keadaan ini boleh menjejaskan kualiti tidur dan lebih bahaya lagi ia boleh menjadi punca kematian sekiranya tahap kekurangan oksigen semakin merosot.

4. Haid Terlalu Awal

Selain masalah pada organ penting, kanak-kanak perempuan yang obes juga sebenarnya terdedah kepada risiko haid yang lebih awal berbanding usia yang normal.

Menurut The Asian Parent, akil baligh yang terlalu awal boleh memberi kesan terhadap fizikal dan sosial kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak itu mungkin menjadi dewasa dengan ketinggian yang rendah. Dari segi sosialnya pula, anak-anak mungkin tidak cukup matang untuk mengendalikan perubahan emosi serta fizikal akibat daripada proses akil baligh itu.

Foto Kredit: thelist.com

5. Sukar Mengatasi Kegemukan Apabila Dewasa

Mungkin ramai yang beranggapan, “Alah, dah besar nanti kuruslah dia…” seolah-olah ia merupakan sesuatu yang begitu mudah!

Tapi ibu bapa perlu faham bahawa cara anda menentukan corak pemakanan mereka sejak kecil ini telah menjadi tabiat yang sukar untuk diubah apabila dewasa.

Sehubungan itu, kajian mendapati bahawa kanak-kanak yang obes akan membesar menjadi orang dewasa yang gemuk, di mana 50% daripada orang dewasa yang gemuk juga gemuk pada zaman kanak-kanak.

Foto Kredit: food.ndtv.com/

6. Kemurungan

Walaupun kecil-kecil nampak comel, tetapi apabila semakin besar anak ini akan mula concern terhadap penampilan diri masing-masing.

Tentunya anak-anak yang gemuk tidak mahu menjadi bahan ejekan dan berasa kurang keyakinan diri apabila berdepan dengan orang sekeliling. Tekanan perasaan seperti ini boleh menyebabkan mereka mengalami kemurungan, sehingga mereka ini mengamalkan diet melampau atau makan berlebihan kerana stres.

7. Masalah-masalah Lain

Lain-lain masalah yang boleh dialami oleh kanak-kanak ini termasuklah

  • Batu karang pada pundi hempedu (Gallstones) – Kanak-kanak yang obes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah ini.
  • Kerosakan sendi – Ini berlaku kerana kanak-kanak obes terpaksa membawa berat yang berlebihan sepanjang masa. Kerosakan boleh berlaku pada sendi kaki.
  • Penyakit jantung – ‘Atherosclerosis’ (perubahan pada dinding pembuluh darah) ialah masalah yang lazim berlaku pada kanak-kanak obes. Ia boleh berlaku seawal zaman kanak-kanak atau remaja, terutama pada mereka yang mengalami sindrom metabolik.

Foto Kredit: dreamstime.com

Sentiasa Pantau BMI Anak

Anda harus memantau pertumbuhan anak anda secara berkala sekurang-kurangnya setiap enam bulan dengan memeriksa indeks jisim tubuh atau body mass index (BMI) bagi memastikan pertumbuhannya adalah baik.

Di klinik kerajaan, pantauan terhadap BMI ini akan sering dibuat semasa temujanji doktor dari semasa ke semasa.

Bagi yang ingin mengira sendiri, bolehlah gunakan kiraan seperti berikut:
BMI = berat ( kg) / tinggi (meter) x tinggi (meter)

BMI yang normal bagi anak perempuan dan lelaki boleh dirujuk pada rajah di bawah.

Jadi ingat, anak ‘bambam’ ini walaupun comel, kena jaga dan pantau pemakanan mereka ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×