Sihat

Warga Emas Jatuh Dalam Bilik Air Boleh Bawa Maut, Buat 7 Perkara Ini Untuk Elak!

24
SHARES
jatuh bilik air

Insiden warga emas jatuh bilik air merupakan antara perkara digeruni oleh anak-anak khususnya yang tinggal berjauhan. Hal ini kerana, majoriti dalam kalangan warga emas yang jatuh dalam bilik air akan meninggal dunia atau mengalami kecelakaan teruk seperti lumpuh.

Jadi, berikut merupakan antara langkah yang dapat membantu elakkan perkara yang tidak diingini berlaku ketika warga emas menggunakan bilik air. Malah, anda yang masih muda pun kena turut berhati-hati!

Baca juga: Bapa Tunggal Rayu Hadiahkan Sepotong Kek Untuk Hari Lahir Anaknya Undang Sebak

CEGAH INSIDEN WARGA EMAS JATUH BILIK AIR, KENA BUAT 7 PERKARA INI

jatuh bilik air

1.Pakai kasut dalam rumah yang tak licin

Pakar memang menyarankan bahawa memakai kasut yang mempunyai tapak kaki getah, dan tumit rendah dapat mengelakkan insiden yang tidak diingini. Kasut ini memberi anda daya tarikan dan geseran yang lebih besar, yang boleh menghalang tergelincir dan jatuh. Pada masa yang sama, elakkan berjalan di atas lantai yang baru dibersihkan kerana mungkin sangat licin.

2.Pastikan ada cahaya setiap sudut yang cukup

Penyelidikan dari Jurnal Sains Terapi Fizikal menyatakan bahawa kawasan rumah yang tidak cukup dengan cahaya boleh meningkatkan risiko jatuh disebabkan oleh halangan yang tidak dapat dilihat atau mengurangkan kestabilan badan dalam kehidupan seharian. Dengan itu, pastikan rumah anda terang jika anda tinggal bersama orang tua.

3.Susun atur perabot atau kelengkapan bilik air

Bila ada warga emas tinggal bersama dalam rumah, pastikan ada laluan yang jelas dengan mengeluarkan perabot berlebihan yang juga boleh menjadi bahaya. Perabot ini berpotensi untuk warga tua terlanggar ketika cuba bergerak di sekitar rumah. Beberapa contoh pengubahsuaian rumah mudah yang boleh anda buat adalah menjauhkan wayar dan tali longgar di atas lantai.

4.Pasang alatan bantuan di sesetengah ruang

Alatan bantuan sangat digalakkan jika anda tinggal dengan warga emas. Sesetengah peranti bantuan yang boleh anda pertimbangkan untuk pasang adalah tempat pegangan tangan di tangga, pemegang pintu di bilik mandi dan kerusi bantuan di dalam tandas.

5.Cuci tandas dengan kerap

Mencuci tandas dengan kerap dapat membantu untuk mengelakkan insiden warga emas jatuh. Hal ini kerana, tandas yang jarang dicuci sangat berpotensi dipenuhi dengan lumut yang menyebabkan permukaan lantai licin. Perlu diingatkan juga bahawa selepas menyental lantai bilik air dengan pencuci, simbah air dengan rata supaya tiada bekas sabun.

6.Sentiasa jalan dan melangkah secara perlahan

Untuk mengelakkan potensi jatuh, jadikan kebiasaan untuk berdiri secara perlahan-lahan dari kedudukan anda sebelum memulakan langkah. Menggunakan alat bantuan berjalan seperti tongkat boleh memberi anda sokongan yang diperlukan ketika bergerak dan berjalan lebih jauh.

7.Buat pemeriksaan mata

Pemeriksaan mata adalah sangat penting dalam kalangan warga emas yang berisiko untuk jatuh. Orang tua yang berumur 61 tahun dan ke atas harus menjalani peperiksaan tahunan untuk mengetahui keadaan semasa. Dengan berbuat demikian, membolehkan doktor anda untuk mengemas kini preskripsi anda jika ia sudah ketinggalan zaman atau mengesan jika anda mengalami keadaan mata yang boleh menjejaskan penglihatan anda dan meningkatkan risiko jatuh.

jatuh bilik air

*Pastikan mak ayah anda praktikkan 7 perkara di atas untuk elak insiden yang tidak diingini!

Baca juga: Cikgu Dapat Hadiah Set Ulam, Buah & Sayur Dari Murid, Tersentuh Jiwa Bila Tengok!

Sumber: Homage.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×