keselamatan

‘Serius Serik Weh!’ Dada Sakit, Tekak Panas & Tak Boleh Bernafas Akibat Cuci Bilik Air Guna Peluntur

600
SHARES

Mesti ramai antara kita yang gunakan peluntur atau clorox untuk cuci bilik air kan?

Kalau nak ikutkan, ia memang memudahkan kerja sebab peluntur ni dapat menghilangkan kesan degil dengan sangat berkesan.

Namun ia perlu digunakan dengan cara yang betul dan amat berhati-hati.

Ini kerana peluntur mengandungi klorin yang kuat dan boleh menyebabkan keracunan.

Dalam artikel ini, kami kongsikan serba sedikit perkongsian Nur Diyana yang dikomgsikan melalui Facebook tentang pengalaman ‘ngeri’ beliau menggunakan peluntur semasa mencuci tandas.

Semoga menjadi pengajaran dan iktibar buat kita ok!

‘Serius Serik Weh!’ Dada Sakit, Muntah & Tak Boleh Bernafas Akibat Cuci Bilik Air Guna Peluntur

Seriously…jangan la amik ringan dengan clorox ni….serik weh! 

Citenye malam tadi mood rajin ttbe datang so dgn ringan tangan sis simbahlah clorox dlm bilik air..tp xde la byk pun..dlm separuh secawan kecik….sbb bilik air mmg da basahkan time tu….just tuang kat sinki n bucu2 toilet….

nak cuci bilik air le konon gajin xde ape nk buat…tv pon cite tah hape2…baik sis ngemas….

Biasanya Biarkan Dulu 3-4 Jam, Tapi Hari Ini Nak Tidur Awal…

sekali lepas simbah clorox tu biasa nya sis akan biar kan la dlm 3-4 jam mcm tu…

tp hari ni pulak nak malang…konon nak tido cepat punya pasal (gatal kan.

td kau nak basuh.ni kau nak tido pulak) lepas simbah terus lah memberus…

Bahaya clorox

Tak Sampai Beberapa Minit Mata Dah Sakit, Dada Sakit, Tekak Panas

sekali xsmpai bape minit mata da pedih….dada dah sakit….dah terbatuk2….

and paling worse dah x bole nak bernafas!!

selang bape minit kepala dah mabuk…dah muntah2 pulak…..

terus tekak da jd mcm berkahak! seksa nyaa…..paru2 terus jd sempit sesempit sempitnya dlm masa 5 minit je!!

siyes mcm nak putus napas betul…saluran pernafasan ni betul2 stuck n rasa panas dlm tekak…

adoi…dia punya risau jgn cakap la..kita dah le xpandai bende2 camni….kalau suruh buat account sis pandai la…haha.

Lepas 15 Minit Keadaan Makin Teruk

..ingatkan stay la kejap rehat dlm 15 minit tgk ade kurang la…rupa nya lg lama tgu lg x bole bernafas!

sampai nk berdiri nk jalan pon x boleh..mmg dia x kasi chance lansung…

terus siap2 husband bawak pegi MMC…sampai je xsempat nk register sis dah request terus nak neb! xtahan dah…..

sampai je mmc terus baring…doctor check….terus on neb…on drip…masuk air…..masuk ubat thru drip utk radang paru2…

fuh….nasib baik la cepat…nasib baik lepas neb….lepas masuk ubat tu sume oksigen jd ok semula….masa dtg td bacaan oksigen drop trus jd 90 je….

gile x sesak nafas….kalau x memasal kene refer GH sbb kes clorox mcm ni mmg swasta tolak…..

Bahaya clorox peluntur

Baru Sedar Betapa Bahaya Clorox / Peluntur Ni

Memang selalunya guna clorox ni nak sental bilik air….tp ok je sbnarnya…Cuma mungkin arini dah nak malang kan…haish.seriau kejap.

Seriously baru sedar betapa bahayanya clorox ni….klu terhidu mcm ni pon da rasa separuh nyawa….inikan pulak klu terminum…nauzubillah!

Pls hati2 next time…klu terhidu n rasa sesak nafas ke pening ke cepat2 lah pegi hospital…

ingat ye even kita terbau je sekalipun, clorox ni bole sebabkan kerosakan pd tisu paru n bole sebabkan kematian…Pls alert.

NOTA: Campur Peluntur Dengan Pewangi (Softner) Juga Boleh Memudaratkan

Jadi bagi ibu-ibu atau sesiapa yang selalu gunakan peluntur atau apa saja jenis bahan pencuci, pastikan anda peka dengan labelnya dan amalkan langkah keselamatan.

Menurut Pusat Racun Negara, satu lagi tabiat mencampurkan bahan pewangi dengan peluntur juga sebenarnya boleh memudaratkan.

Jadi, pastikan kita lebih berhati-hati selepas ini ok!

*Kredit : FB Nur Diyana via Negeri Sembilan Kini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×