keselamatan

Campur Pencuci Lantai Dengan Peluntur, Surirumah Keracunan Gas Klorin

19.2K
SHARES

Mesti ramai antara kita yang pernah campurkan sedikit peluntur dalam sabun pencuci bila nak cuci lantai atau tandas dekat rumah tu kan? Dalam hati tu ingat nak bagi lagi berkilat dan cepat kotoran tanggal.

Tapi tahukah anda yang tindakan ini boleh membahayakan?

Surirumah Dilaporkan Keracunan Gas Klorin

Menurut Pusat Racun Negara, ada sebuah kes terbaru yang mereka terima di mana seorang surirumah telah mengalami keracunan klorin.

Surirumah tersebut didapati telah mencampurkan cecair peluntur yang mengandungi Sodium Hipoklorit dengan cecair pencuci lantai yang mengandungi Asid Hidroklorik. Kedua-dua bahan ini mengandungi unsur asas klorin.

Apabila dua bahan ini bercampur, tindakbalas kimia antara bahan ini akan membebaskan gas klorin yang beracun.

Bahaya tu!

Ada Yang Sangat Sensitif Dengan Klorin

Kalau tengok di ruangan komen pun, ramai yang pernah buat begini dan mengalami simptom keracunan seperti sesak nafas, pening dan loya.

Oleh itu, janganlah sewenang-wenangnya mencampurkan produk-produk kimia kegunaan isi rumah kerana anda mungkin tidak mengetahui tindakbalas kimia yang akan berlaku.

Kalau nak lantai berkilat dan bersih tapi tak tahan dengan bau klorin, ada beberapa bahan semulajadi yang boleh anda praktikkan contohnya dengan menggunakan soda bikarbonat, cuka atau air garam beserta titisan lemon.

Anda juga boleh menggunakan bahan pencuci yang dilabel dengan bahan semulajadi dan selamat.

Jadi, fikir sebaiknya sebelum menggunakan peluntur ya. Terutamanya bagi yang ada anak kecil.

Stay safe!

 

*Sumber : Facebook Rasmi Pusat Racun Negara

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×