1-2 Tahun

Ayah Dan Anak Lelaki Tak Rapat ? Cuba 6 Tips Efektif Ini Untuk Kuatkan ‘Bonding’

34
SHARES

Aktiviti ‘bonding’ antara ayah dan anak lelaki mungkin agak sukar untuk dilakukan. Bukannya apa, masih ada lagi anak lelaki yang malu untuk melakukan aktiviti bersama ayah kerana khuatir dianggap manja. Oleh itu, mereka lebih cenderung untuk meluangkan masa bersama kawan-kawan sebaya. Ayah dan anak lelaki sebenarnya memang perlu mempunyai hubungan yang kuat dan dengan itu, anda perlu baca 6 tips ini supaya ‘bonding’ anda berdua akan lebih kukuh.

1. Ajar anak cara menjadi ‘lelaki sejati’

www.pinterest.com

www.pinterest.com

Mungkin susah bagi anak lelaki anda menyuarakan perasaan ingin tahu mereka untuk menjadi seorang lelaki yang sejati. Tetapi, anda sebagai ayah yang prihatin perlu menyedari bahawa perkara ini adalah normal. Anda adalah contoh lelaki pertama dalam hidup mereka yang dapat membantu membentuk personaliti yang diinginkan. Luangkan masa dengan melakukan aktiviti yang boleh mengajar mereka nilai-nilai murni dalam kehidupan. Ingat! Anda bukan sahaja seorang ayah, tapi anda juga seorang ‘role model’ bagi mereka.

2. Fokus tentang persamaan antara ayah dan anak lelaki

https://www.pinterest.com/TGCSUS/fathers-superheroes-without-a-cape/

www.pinterest.com

Seorang ayah dan anak lelaki mungkin mempunyai genetik yang sama tetapi tidak semestinya anda akan mempunyai persamaan dalam semua aspek. Sepanjang meluangkan masa bersama anak lelaki, pastikan anda fokus untuk merapatkan hubungan dengan mencari persamaan dalam diri masing-masing. Contohnya, ketika menonton filem bersama, anda mungkin baru sahaja sedar bahawa anda dan anak meminati pelakon yang sama. Jadikan ini sebagai satu titik permulaan bersembang mengenai perkara yang anda berdua minati untuk progres yang positif.

3. Jangan berselindung, tunjukkan diri anda yang sebenar

blog.neura.edu.au

blog.neura.edu.au

Sudah semestinya semua aktiviti tidak harus mengikut minat anak anda. Kadang-kadang, mempelawa anak untuk terlibat sama dalam aktiviti anda adalah sesuatu yang bagus. Contohnya, anda boleh membawa anak bersama ketika pergi memancing. Melalui aktiviti bersama sebegini, anak lelaki anda lebih bersikap terbuka dalam menerima siapa diri anda yang sebenarnya. Bukan itu sahaja, anak lelaki anda juga boleh berkenalan dengan rakan-rakan baru ketika beraktiviti bersama.

4. Sentiasa positif

www.flickr.com/

www.flickr.com/

Kita tahu bahawa bukan semua ayah diluar sana pandai berbicara manis dengan anak, khususnya anak lelaki. Ramai dalam kalangan ayah agak tegas dalam perbualan bersama anak lelaki kerana bimbang anak akan ‘naik kepala’. Boleh untuk bersikap tegas tetapi, anda juga perlu selitkan kata-kata positif kepada mereka. Penting untuk kita tahu bahawa anak-anak hanyalah mahu untuk diri mereka disayangi. Oleh itu, selitkan sedikit pujian atau kata rangsangan supaya anak lelaki tahu bahawa anda sangat menyayangi mereka.

5. Banyakkan aktiviti luar rumah

http://www.parentingthemodernfamily.com/

http://www.parentingthemodernfamily.com/

Betul kata orang bahawa semuanya bermula di rumah, tetapi penting juga untuk seorang ayah dan anak lelaki meluangkan masa di luar rumah. Keluar bersukan bersama, menonton filem atau membeli barang kelengkapan rumah boleh dijadikan rutin bagi merapatkan hubungan. Bila berada di rumah, kadang-kadang suasana ‘bonding’ tersebut boleh terganggu seperti, anak lebih luangkan masa menggunakan internet di dalam bilik. Jadi, berada di luar rumah adalah satu cara yang lebih segar untuk menguatkan ‘bonding’ ayah dan anak lelaki.

6. Selalu meminta pertolongan anak

http://www.huffingtonpost.com/

http://www.huffingtonpost.com/

Sedar atau tidak, bukan dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan sahaja boleh merapatkan hubungan ayah dan anak lelaki. Namun, rutin harian yang biasa seperti meminta pertolongan mereka untuk membuang sampah juga boleh membantu menguatkan hubungan. Mungkin ayah akan beranggapan bahawa mereka tidak akan menurut kata, tetapi jangan terkejut jika anak lelaki anda akan menurut setiap pertolongan yang diminta. Pertolongan yang diberikan mungkin tidak semua berjaya tetapi sekurang-kurangnya memori anda berdua boleh diingati sampai bila-bila.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×