40 Minggu

Takut Bersalin? Ketahui 6 Kesan Buruk Rasa Takut Bersalin!

267
reads
Takut Bersalin? Ketahui 6 Kesan Buruk Rasa Takut Bersalin!

Takut Bersalin?

Perasaan takut untuk bersalin ialah perkara biasa yang pasti dirasai oleh semua wanita mengandung. Tambahan pula jika mereka pernah mendengar cerita-cerita bersalin yang menakutkan daripada kawan-kawan atau melihatnya di TV atau Youtube. Memori tentang sakit sudah dirakamkan daripada cerita-cerita tersebut seperti yang telah dikupas dalam bab sebelum ini. Sebab itu perlu tahu, kenapa bersalin itu sakit?

Sistem canggih ini sangat berhubung rapat dengan proses bersalin. Perasaan takut diterima sebagai mesej dan diproses sebagai ketakutan yang amat dasyat. Mesej negatif ini akan diproses menjadi sistem kepercayaan dan memberi kesan buruk pada emosi ibu dan bayi.

Antara kesan-kesan buruk perasaan takut bersalin terhadap sistem badan adalah seperti berikut :

1. Hormon Stress Terhasil

Apabila perasaan takut dan stress tidak dibuang hingga tibanya saat mahu melahirkan bayi, sistem pertahanan badan akan menghasilkan hormon stress iaitu, catecholamine. Badan akan menerima mesej untuk menjadi beku atau bahasa lainnya ialah “fight, flight atau freeze”.

2. Menyukarkan Darah dan Oksigen Sampai ke Rahim

Rahim wanita tidak diciptakan sebagai mekanisma pertahanan badan lalu darah akan membawa respons “fight, flight atau freeze” ke semua sistem pertahanan badan. Apa akan jadi seterusnya? Saluran darah di sekitar rahim akan menjadi tegang dan sempit lalu ini menyukarkan laluan darah dan oksigen untuk sampai ke rahim.

3. Pucat

Wanita yang takut semasa bersalin biasanya akan kelihatan putih pucat lagi tak bermaya. Contoh lain muka boleh pucat termasuklah apabila mahu masuk ke dewan peperiksaan atau pengantin lelaki yang terpaksa mengulang akad nikah pada kali ketujuh!

4. Pintu Rahim Tak Meluas

Kesan buruk akibat proses ini akan menyebabkan rahim tak dapat bekerja dalam keadaan normal. Otot di kawasan rahim tak boleh meregang dan bertaut seperti normal lalu mengakibatkan bukaan rahim tidak menjadi luas secara bertahap.
Banyak wanita dibedah kerana bukaan pintu rahim yang tak semakin meluas hingga 10sm. Saudara saya di kampung dibedah kerana bukaan pintu rahimnya statik pada 9sm. Seorang sahabat saya di sekolah menengah juga dibedah kerana bukaan pintu rahimnya hanya 1sm selama seminggu.

5. Kesakitan Pada Ibu dan Bayi

Hal ini akan menyebabkan kesakitan melampau pada ibu dan begitu juga pada bayi. Lalu menyebabkan bayi stress disebabkan emosi ibu yang sangat tertekan akibat sakit melampau. Analogi mudah, ibu stress menyebabkan bayi dalam kandungan turut berasa stress.

6. Kurang Oksigen

Kekurangan bekalan oksigen ke kawasan rahim bermaksud kekurangan bekalan oksigen pada bayi. Lalu boleh menyebabkan bayi lemas sebelum dilahirkan. Biasanya di hospital, interversi akan dilakukan.

Di sinilah pentingnya semua wanita yang akan bersalin untuk belajar tentang berada dalam keadaan “bilik rawatan” sepanjang masa berbanding “bilik kecemasan”. Hal ini untuk memastikan hormon oksitoksin berjaya dikekalkan sentiasa dalam badan sepanjang proses bersalin.

Selamat bersalin! Jangan lupa makan makanan untuk ibu hamil menurut Islam.

Yang Popular

To Top