Famili

Aplikasi Terkini Ibu Mengandung Boleh Cuba Untuk Periksa Kandungan Dengan Mudah

66
SHARES

Berbeza dengan zaman dahulu, kini ibu mengandung sudah boleh menggunakan pelbagai cara untuk mengetahui tentang perkembangan kandungan mereka. Dengan terciptanya pelbagai aplikasi mudah alih yang boleh didapati di telefon pintar anda, para ibu mengandung sudah tiada masalah atau keraguan lagi mengenai status kehamilan mereka.

Banyak aplikasi yang boleh dimuat turun tetapi ini antara pilihan yang paling digemari pengguna. Jom tengok!

1. Totally Pregnant

http://www.dailydot.com

http://www.dailydot.com

Aplikasi ini membantu para ibu untuk mendapat kawan baharu dan berhubung dari seluruh dunia! Bukan itu sahaja, para ibu juga akan berada di dalam satu komuniti dimana mereka boleh berbincang mengenai hal-hal kehamilan. Tambahan pula, anda juga boleh tahu perkembangan anak anda dengan adanya kemudahan menonton video 3D dalam aplikasi ini. Sangat menarik!

2. The Bump

http://www.dailydot.com

http://www.dailydot.com

Aplikasi The Bump membantu para ibu untuk mengetahui perkembangan kandungan dari masa ke semasa dengan memaparkan ilustrasi yang menarik dan comel. Setiap hari, kandungan aplikasi akan diperbaharui dengan penulisan dari The Bump. Apa yang menariknya, anda boleh juga bertanya soalan mengenai kehamilan kepada editor, pakar perubatan mahupun para ibu yang lain. Para ibu mengandung juga boleh menyimpan gambar kandungan menggunakan aplikasi ini untuk dijadikan album.

3. Ovia Pregnancy Tracker

http://getandroidstuff.com

http://getandroidstuff.com

Lebih fokus kepada kesihatan tubuh badan ibu mengandung itu sendiri adalah kelebihan Ovia Pregnancy Tracker. Dalam kegembiraan kadang-kadang para ibu mengandung ini selalu terlupa tentang kesihatan tubuh badan, tetapi jangan risau, aplikasi ini boleh membantu memeriksa tahap kesihatan tubuh badan seperti BMI, ‘fitness tracker’, dan jadual tidur. Selain itu, kemudahan peringatan pengambilan vitamin juga boleh dicuba supaya para ibu sentiasa sihat dan bertenaga.

4. My Baby’s Beat

www.bebesymas.com

www.bebesymas.com

My Baby’s Beat dicipta khas untuk ibu mengandung dan bakal bapa mendengar degupan jantung anak di dalam kandungan. Bagaimana ia berfungsi? Setelah anda muat turun aplikasi ini, anda hanya perlu meletakkan telefon pintar anda di atas perut supaya bunyi dapat ditangkap melalui mikrofon telefon. Jadi, tak perlulah nak tunggu temujanji dengan doktor untuk mendengar degupan jantung anak kerana aplikasi My Baby’s Breath ini sangat membantu.

5. Who’s Your Daddy

http://thedashblog.com

http://thedashblog.com

Bukan sahaja ibu mengandung yang boleh muat turun aplikasi mengenai kehamilan, tetapi bakal bapa juga boleh turut serta. Aplikasi Who’s Your Daddy adalah sangat sesuai untuk bakal bapa mengetahui secara terperinci mengenai kandungan isteri, dari perkembangan mingguan kandungan sehinggalah kepada ‘checklist’ barang-barang untuk dibawa ke hospital. Dengan adanya aplikasi ini, bakal bapa di luar sana tidaklah pening untuk menguruskan isteri apabila tiba masanya nanti.

6. Baby’s Names

http://www.birminghammail.co.uk

http://www.birminghammail.co.uk

Ada masalah memilih nama bayi? Kini tidak lagi dengan adanya aplikasi Baby’s Namaes yang mempunyai koleksi sebanyak 30,000 nama-nama bayi yang boleh menjadi pilihan anda! Anda boleh klasifikasikan pilihan nama berdasarkan jantina, populariti dan sebagainya mengikut kegemaran sendiri. Tak perlu lagi pening dan keliru dalam memilih nama anak-anak dengan bantuan aplikasi Baby’s Names ini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×