40 Minggu

Sarat Mengandung Tapi Nak Travel? Ini Tips Yang Anda Perlu Tahu Untuk Kekal Selamat

566
reads
www.babycenter.com

Nak melancong ketika hamil? Ramai sebenarnya ibu di luar sana yang masih tertanya-tanya boleh atau tidak untuk ibu hamil pergi melancong khususnya dalam masa yang lama. Ramai juga yang berpendapat bahawa tiada masalah untuk pergi melancong ketika hamil.

Menurut kata pakar, anda paling digalakkan untuk pergi melancong ketika berada dalam trimester kedua hanya JIKA dibenarkan oleh doktor. Untuk pembacaan yang lebih lanjut tentang apakah sebabnya doktor tidak membenarkan anda untuk pergi melancong, anda boleh kenalpasti adakah anda mengalami tanda-tanda yang dinyatakan :

http://www.airportnet.org/

http://www.airportnet.org/

1. Pernah keguguran

http://www.wisegeek.org/

http://www.wisegeek.org/

Jika anda atau ahli keluarga pernah mengalami masalah keguguran semasa mengandung, jadi anda perlu lebih berhati-hati. Dalam situasi begini, jika kandungan telah berada antara 7-8 bulan, anda mugkin tidak dapat mengelak dari melahirkan anak lebih awal, kerana kelahiran pra-matang ini sukar untuk ditentukan.

Tetapi, selain dari situasi tersebut, anda juga boleh memastikan tempoh mengandung anda berada dalam keadaan selamat dan sihat dengan tidak ‘travel’. Suntikan mingguan bersama doktor, penjagaan diet dan tahap kesihatan perlu dipantau sepanjang masa, jadi ini mungkin sebabnya doktor tidak menggalakkan anda untuk ‘travel’.

2. ‘Multiple Pregnancy’

http://www.soc.ucsb.edu/

http://www.soc.ucsb.edu/

Bagi ibu-ibu yang telah disahkan mengandung anak kembar, kemungkinan besar kelahiran akan berlaku awal dari masa yang ditetapkan jadi anda perlu berhati-hati. Hal ini menyebabkan anda memerlukan penjagaan yang lebih rapi untuk mengelakkan keguguran. Secara amnya, kandungan bayi kembar akan dilahirkan sebelum sampai minggu ke 38. Jadi, kebanyakkan doktor akan menasihatkan anda untuk tidak pergi ‘travel’ jika mempunyai kandungan kembar.

3. Tekanan Darah Tinggi

http://www.whattoexpect.com/

http://www.whattoexpect.com/

Ramai para ibu akan mengalami perubahan emosi dan tekanan darah meningkat ketika mengandung bukan? Jika anda mengalami tekanan darah tinggi atau ‘hypertension’ ketika mengandung, seelok-eloknya anda mendapatkan rehat yang secukupnya.

Tekanan darah tinggi ketika mengandung mempunyai banyak risiko, antaranya boleh menyebabkan pengaliran darah yang tidak cukup ke uri atau ‘placenta’. Ini menyebabkan kandungan tidak mendapat jumlah oksigen dan nutrisi untuk perkembangan yang sihat. Jadi, dari pergi ‘travel’ dan sentiasa berasa letih, lebih baik dan dicadangkang supaya anda hanya berehat di rumah.

4. Diabetis

http://www.fotosantesedepois.com/

http://www.fotosantesedepois.com/

Jika anda mengalami kencing manis ketika hamil, ia dipanggil ‘gestational diabetis’ dimana hampir 2 hingga 10 peratus wanita hamil akan alami. Secara amnya, pemakanan ketika hamil akan dipecahkan menjadi glukosa, dan insulin yang dihasilkan melalui pankreas bersama-sama glukosa akan membantu untuk melancarkan proses tubuh seperti sedia kala.

Masalah akan berlaku apabila ibu hamil tidak menjaga pemakanan dan tidak mengambil berat kandungan nutrisi yang diambil. Selain itu, buat ibu hamil yang mengalami atau mempunyai ahli keluarga yang mengalami kencing manis, lebih baik untuk anda elak melancong supaya dapat rehat yang secukupnya.

5. Pernah Alami Pendarahan

http://www.momjunction.com/

http://www.momjunction.com/

Pendarahan dilihat sudah menjadi perkara biasa ketika hamil. Selalunya pendarahan akan berlaku ketika trimester pertama tetapi anda perlu juga berhati-hati. Jangan jadikan ini alasan untuk anda pergi ‘travel’. ‘Heavy bleeding’ aau pendarahan yang banyak adalah sangat merbahaya. Justeru, para pakar akan melarang anda untuk pergi melancong dalam temph masa yang lama kerana rahim anda berada dalam keadaan yang lemah.

Apa yang PERLU dan JANGAN dilakukan sebelum dan ketika travel semasa mengandung

Jika anda diizinkan untuk pergi melancong walaupun tidak dalam tempoh yang lama, ini anda adalah langkah yang anda perlu ambil perhatian :

http://blog.railyatri.in/

http://blog.railyatri.in/

PERLU bawa sekali laporan kesihatan dan juga bersama-sama laporan ultra sound.

PERLU fikir untuk mendapatkan insurans perlindungan semasa melancong jika terdapat sebarang halangan berlaku.

PERLU bawa bersama ubat-ubatan dan bawa lebih dari jadual yang sepatutnya untuk situasi berjaga-jaga.

PERLU berikan number telefon doktor anda kepada mereka yang turut melancong bersama supaya bukan anda sahaja tahu jika sebarang situasi mencemaskan berlaku.

PERLU tanya kepada doktor jika anda memerlukan sebarang immunisasi sebelum memulakan perjalanan.

PERLU lakukan senaman kaki secara konsisten supaya tidak kejang dan perjalanan darah lancar kerana duduk dalam tempoh yang lama.

JANGAN biarkan tubuh badan kekurangan air atau dehidrasi. Elakkan juga minuman berkafein dan alkohol.

JANGAN bawa dan angkat barang berat ketika melancong.

JANGAN membeli atau mengambil ubat-ubatan dari luar negara tanpa preskripsi dari doktor anda sendiri.

www.lonelyplanet.com

www.lonelyplanet.com

Semoga bermanfaat!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top