Kini Trending

Anugerah Drama Sangat Diperkenalkan, Kaki Drama Boleh Undi Artis Kegemaran Anda!

16
SHARES

Untuk anda yang mengemari drama, satu berita gembira iaitu TV3 bakal melangsungkan Anugerah Drama Sangat (ADS) khusus buat peminat drama Malaysia pada bulan Disember nanti! Buat julung kalinya, ADS diadakan sebagai sebuah anugerah berprestij untuk meraikan setiap keringat dan tulang belakang industri hiburan kita.

13 KATEGORI & PELUANG UNTUK PEMINAT MENGHARGAI ARTIS KEGEMARAN

Tujuan ADS adalah untuk memberi peluang kepada peminat menghargai artis-artis kegemaran mereka dan juga pengkarya seni yang berada di belakang tabir iaitu penerbit, pengarah dan penulis skrip. Mereka merupakan komponen utama dalam mengadun sebuah karya yang dapat menyentuh jiwa penonton.

Antara drama-drama hebat yang menjadi sajian hiburan dan pembakar semangat bagi para penonton sepanjang pandemik ini termasuklah 7 Hari Mencintaiku 2, Melastik Ke Hatimu, Takdir Yang Tertulis, Budak Tebing, Sabarlah Duhai Hati, Kampung People 2 dan banyak lagi.

ADS akan mempertandingkan 13 kategori dan terdapat 8 kategori yang terbuka untuk undian peminat, selebihnya melalui penilaian juri professional. Bermula hari ini (3 Oktober 2021) sehingga 31 Oktober 2021, pukul 11.59 malam, peminat boleh mengundi bagi memilih pemenang dalam lapan kategori tersebut menerusi laman web www.xtra.com.my/anugerahdramasangat Setiap pengguna boleh mengundi sebanyak 10 kali sehari untuk setiap alat peranti.

LAYARI MEDIA SOSIAL & #AnugerahDramaSangat

Peminat boleh mengetahui info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia serta Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat! Layari laman web www.xtra.com.my/anugerahdramasangat dan gunakan #AnugerahDramaSangat untuk menghangatkan perbualan di laman media sosial!

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×