Kini Trending

Anugerah Drama Sangat Julung Kali Diadakan 18 Disember Ini, Gandingan 2 Pengacara Hebat!

2
SHARES

Peminat drama tempatan pastinya berdebar-debar untuk menyaksikan drama mana yang bakal bergelar Drama Popular dan Drama Terbaik pada tahun ini.  Kemeriahan berganda kerana gabungan dua pengacara hebat iaitu Nabila Huda dan Ain Edruce.

Anugerah Drama Sangat 2021 anjuran TV3 ini, julung kali diadakan dan bakal disiarkan secara langsung pada 18 Disember 2021, 9.00 malam – 11.00 malam di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dibawakan oleh foodpanda selaku penaja ini juga akan disiarkan secara strim langsung di tonton dan YouTube TV3 (@TV3MALAYSIAOFFICIAL) pada waktu yang sama.

ANUGERAH DRAMA SANGAT BERSAMA 2 PENGACARA HEBAT!

Menurut Dato’ Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, “Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS 2021) diadakan sebagai penghargaan kepada warga produksi yang telah bertungkus-lumus menghasilkan kandungan kreatif drama buat penonton setia drama tempatan di Malaysia.

Dalam 11 kategori yang dipertandingkan, terdapat dua kategori utama yang dinanti-nantikan iaitu kategori Drama Popular dan Drama Terbaik. Drama Popular mendapat undian 100% daripada penonton manakala Drama Terbaik pula merupakan 100% undian juri. Malam anugerah ini nanti, kita akan dapat lihat adakah drama yang menjadi bualan hangat berjaya meraih anugerah Drama Terbaik?”

11 KATEGORI DIPERTANDINGKAN

Drama yang tercalon di dalam Anugerah Drama Sangat 2021 ini adalah drama yang disiarkan antara Januari 2020 hingga Jun 2021. Antara drama-drama hebat yang tersenarai dalam Anugerah Drama Sangat 2021 ialah 7 Hari Mencintaiku 2 (SR One Sdn Bhd), Melastik Ke Hatimu (OrangeTree Production Sdn Bhd), Takdir Yang Tertulis (Radius One Sdn Bhd), Budak Tebing (Country & Universal Sdn Bhd) dan banyak lagi.

Jangan lupa saksikan malam Anugerah Drama Sangat 2021 yang dibawakan secara langsung di TV3 oleh foodpanda pada 18 Disember 2021 pada pukul 9.00 malam. Untuk mendapatkan info terkini berkaitan Anugerah Drama Sangat, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia serta Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat! Layari laman web www.xtra.com.my/anugerahdramasangat dan gunakan #AnugerahDramaSangat dan #LagiDramaLagiRasa untuk menghangatkan perbualan di laman media sosial!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×