keselamatan

Anak 2 Tahun Maut Tertinggal Dalam Kereta Lepas Balik Dari Sekolah

688
SHARES

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun sembilan bulan meninggal dunia selepas tertinggal dalam kereta yang dipandu ibunya di Taman Aman, dekat sini pada Rabu.

Dalam kejadian yang berlaku pukul 4.35 petang itu, mangsa ditemui dalam keadaan mulut berbuih selain melecur pada muka serta lengan.

Ibu Pesan Pada Anak Sulung Untuk Bawa Mangsa Keluar, Terus Naik Ke Atas Dan Tertidur

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, sebelum kejadian mangsa menemani ibunya menjemput pulang dua beradiknya yang lain di sekolah menaiki kereta Proton Bezza pada pukul 1 tengah hari.

“Sebaik tiba di rumah, ibu mangsa meletakkan kereta dan berpesan pada anak sulungnya untuk membawa mangsa keluar.

“Ibu mangsa terus naik ke tingkat atas rumah untuk solat dan tertidur. Pada jam 3.35 petang, wanita itu turun ke bawah untuk makan lalu memanggil mangsa namun tiada jawapan.

“Wanita itu bergegas mencari di sekeliling rumah namun tidak menemuinya sehinggalah mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang kereta,” kata Nasri dalam kenyatan media pada Jumaat.

Menurut Nasri, mangsa dikejarkan ke hospital namun disahkan sudah meninggal dunia.

Punca Kematian Akibat Kesan Haba

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal akibat kesan haba.

“Manakala kesan melecur pula kerana keadaan panas dan berlaku selepas mangsa sudah meninggal dunia.

“Pegawai perubatan membuat laporan polis dan ibu mangsa ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 403A Kanun Keseksaan kerana cuai sehingga mengakibatkan kematian,” katanya lagi.

*Sumber: Astro Awani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×